Gelagat Remaja Bercinta

Monday, August 22, 2011
Woot woot ! Tetiba rasa susah nak tidur. Tak tahu kenapa. Pejam celik guling kiri kanan pun tak lena-lena. Okay, maksudnya kena bangun buat sesuatu yg berfaedah sampai tertidur. Buang tebiat lah pulak aku tulis entry tengah-tengah malam membuta. Tapi, time-time macam ni berukband laju. So, apa cerrr yg best malam ni shaffy?


Korang mesti pernah dengar term, bercinta lepas kahwin?

Macam mana ek? Best ke? Takut la dapat pasangan yg takde chemistry. Tapi kalau dapat yg sweet mesti best kan?

Hurmm. aku pun baru 21 tahun. Tak pernah rasa kahwin. Pengalaman tak ada. Tak layak nak bg nasihat. Tapi boleh kan nak share pendapat ?

Lepas tengok cerita Nora Elena, Adamaya..rasa best wooo bercinta lepas kahwin. Pengaruh drama semua tu. HAHA.

Tapi aku ambil status sorang makhluk Allah tue kat facebook. Tak berapa ingat sape. Dia cakap :

"Bercinta tu ibarat berpuasa, kita tak boleh berbuka sebelum tiba WAKTUNYA." 


Credit ke atas penaik status tersebut. Betul-betul tersentap hati aku.

Sebenarnya impian aku ialah, aku teringin nak bercinta lepas kahwin. Macam cinderella yang mengimpikan untuk mengahwini prince charmingnya. sedangkan dia tak tahu sape prince charming tu. Aisehh, fairy tale pulak..

Bagi aku, bercinta tu tak semestinya berpegangan tangan, berdating 24 jam, declare tarikh couple, bersayang-abang setiap masa. EUWW !

Masa berubah, maka manusia pun akan berubah seiring dengan peredaran usia. Patut lah pakcik makcik yang
dah tua tak romantik-romantik. Rupa-rupanya mereka ada cara tersendiri menunjukkan rasa sayang. Cukup lah jika masing-masing menunaikan tanggungjawab sebagai suami isteri dan tak pernah abaikan antara satu sama lain masa senang dan susah. Gelak sama-sama. Sedih sama-sama. Gaduh sama-sama. Pujuk sama-sama. Lepas tu, kenang balik gelagat masing-masing masa tengah gaduh. Kan sweet? Baru syok ! Tade la boring sangat kalau hari-hari nak romantik je.

Cakap pasal bercinta, macam-macam gelagat aku tengok remaja zaman sekarang. Berdasarkan pengalaman aku sendiri pun ada. Macam BUDAK-BUDAK. (Muhasabah diri untuk aku jugak.) HAHA.

1. It's okay kalau korang suka sama suka. Allah SWT memang dah cipta perasaan tu dalam diri setiap manusia. Dah lumrah alam, kaum hawa diciptakan untuk melengkapi hidup kaum Adam. Kalau dah suka, masuk lah meminang si gadis tu. Buat apa tunggu lama-lama. Kalau belum mampu, sekurang-kurangnya beritahu lah mak dan ayah perempuan tu yang korang (kaum Adam) berhasrat nak meminang anak dia tu bila dah mampu. Baru gentlemen !

2. Dah la tak kenalkan diri kita kat family si gadis tu, lepas tu bawak pulak anak dara orang ke hulur hilir. Kalau jadi apa-apa, sape nak tanggung? Datang la rumah. Cakap dengan mak dan ayah dia yg kita nak bawa dia keluar sekejap. Apa-apa jadi kita sedia tanggung. Anak orang okay, bukan anak kucing !

3. Baru berapa lama kenal, nak declare couple pulak. Tarikh mau cantik punya ! Lepas couple, nak pegang sana, pegang sini, pegang sinun. Hey, halal ke kita nak pegang-pegang tu? Bukan lelaki je, perempuan pun sama. Tak terasa ke nak bagi surprise kat bakal suami korang lepas kahwin? Yang lelaki pulak, korang ingat dengan tindakan macam tu korang boleh "COP" siap-siap dia jadi hak korang. Kan bagus kalau korang ikat dengan tali pertunangan dan bukan dengan nafsu semata-mata. InsyaAllah, kalau dah jodoh tak kemana. Jangan ragu-ragu pada jodoh yg ditentukan Allah SWT.


Sesungguhnya Allah SWT pernah berfirman, " Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik." (surah an-Nur', ayat 26)

Tapi janganlah pulak kita tiba-tiba berubah semata-mata nak dapat jodoh yang baik, biarlah nawaitu tu datang atas kerelaan kita sendiri untuk beriman kepadaNya. Semoga kita dikurnia jodoh yang baik di dunia dan akhirat. Aminnn ~


4. Couple nak semua sweet je. "Abang tak sabar nak jumpa ayang, nak tengok puas-puas muka ayang yang comel tu. ♥ " PERGHH ! Ayat jiwang sehh, berbunga-bunga, berkias-kias. Romantik giler ahh. Korang tak geli ke dengar? Ke seronok kena puji? Sekali-sekala tu cuba gaduh-gaduh manja, mesti lagi sweettt ~ Lain lah kalau korang dah kahwin, nak romantik cemana pun takde sape halang.

5. Dah la belum kahwin, suka-suka hati pulak nak aturcarakan hidup pasangan korang. "Ini kena buat, itu tak boleh buat, selama 12 bulan setahun, 7 hari seminggu, 24 jam sehari, 60 saat seminit. Ingat pasangan korang tu patung ke nak ikut je kehendak korang setiap masa, duty report setiap saat, sampai takde kebebasan nak buat keputusan sendiri, takde ruang nak bernafas. Mengalahkan orang dah kahwin. RIMAS OKAY ! Tolong la bagi kebebasan sikit kat pasangan korang untuk buat apa yg dia nak, lagi pun dia masih ada keluarga. Takkan nak patuh cakap korang je kot.

6. Sejak-sejak dah couple, sensitif memanjang. Memanglah kita takde keja lain nak dibuat selain jaga hati pasangan yang terlalu emotional tue. Tatang bagai minyak yg penuh, dodoi macam baby. Dah nama pun manusia bukannya always perfect, berhati-hati camne pun tetap akan buat silap. Ini, salah cakap sikit mula nak touching lebih, terlupa kejap anggap diri sendiri macam tak penting, tak buat apa yg dia nak, merajuk tak tentu pasal. Kesian..terlalu gilakan perhatian. GUYS, jangan merajuk okay. Serius tak macho ! MANJA ~

7. Dulu masa takde kekasih, kawan lah yg selalu ada disisi kita saat kita senang dan susah. Sekarang bila dah ada kekasih, takkan nak buang kawan pulak. Agak-agak lah, takkan sampai takde masa nak spend untuk kawan-kawan. Sekali-sekala nak jugak buat hari bujang. Ni asyik mengadap muka kekasih tiap-tiap hari, BOSAN lah !

8.Sukanya tayang kat semua orang yang kita tengah hangat bercinta. Hello, ingat kita ni artis ke nak tunjuk romantik-romantik depan orang ramai? Tak tahu malu ke? Macam kita je yg ada pasangan kat dunia ni. Bergaduh pun nak tayang kat facebook? Adoyai ! Tak perlulah nak hebohkan kat dunia pasal hal-hal peribadi kita, malu lah.. Sedangkan hal-hal rumahtangga pun perlu dirahsiakan, inikan hal bercinta. Tahu tak sebenarnya orang MENYAMPAH giler tengok gelagat kita yg konon romantik sangat tuh. Kalau ye pun nak beraksi depan orang ramai, cuba la gaduh-gaduh manja sekali sekala. Baru orang geli hati tengok gelagat kita.

9. CEMBURU. Ini yang aku paling benci skali kalau bercinta. Memanglah cemburu tu tanda sayang. Tapi berpada-pada la kalau nak cemburu pun. Janganlah nak melampau-lampau pulak sampai tak boleh nak bersosial. Bersosial tu sebenarnya penting untuk kita meluaskan jaringan baru lah hidup boleh maju ke depan. Asalkan tak melepasi batasan sudah lah. Kepercayaan tue penting dalam setiap hubungan. Kalau kita percaya kat pasangan kita, InsyaAllah hidup lebih tenang, tak perlu nak risau, tak perlu nak buat spotcheck selalu. Pasangan kita pun senang hati dengan sikap kita. Tak gitu ke tuan-tuan dan puan-puan?


Apa-apa pun, tu semua hanya pendapat aku je. Entry ni tak ada kena mengena dengan sesiapa pun. Terpulang lah kepada korang cemana nak handle hubungan tu. Kalau tak setuju or menyinggung perasaan korang, aku minta maaf ye. Salam wbt..

0 komen membina:

Post a Comment