PUASA YANG-YOK PAGI PAGI BUKAK PERIUK !

Tuesday, August 2, 2011
Assalamualaikum kawan-kawan ! Sihat ? Dah makan ? HAHA.

Korang semua mesti pernah dengar ayat kat atas ni kan. Aper ? Tak pernah dengar ?? Adoii, pe korang ni.

Sedar tak sedar dah masuk bulan Ramadhan pun. Terasa cepat masa berlalu, macam baru semalam je aku berbuka puasa kat rumah sewa dengan serba kekurangan. Tahun ni, dapat juga aku berbuka dengan family.
Kalau tahun lepas, sahur makan MAGGI, berbuka pun kadang-kadang makan MAGGI. Almaklum lah bila poket dah nipis, dapur pun tak berasap. ehh, pernah ke dapur aku berasap ?? TETTT !

Bulan Ramadhan ni bulan yang mulia dimana pintu pengampunan akan terbuka luas buat kita, segala amalan yang kita lakukan banyak fadhilatnya. Sebab tue la aku dah berjanji pada diri aku yang aku TAKKAN sia-siakan manfaat bulan Ramadhan tahun ni. Ajal maut kita tak tahu, mungkin jugak ni Ramadhan terakhir buat aku. Ya Allah, kau ampunkan lah segala dosa yang telah aku lakukan, serta ampunkan lah dosa kedua ibu bapaku. Amin ya Robbal Alamin ~


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa Kawan-kawan !




0 komen membina:

Post a Comment