Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Teori Konspirasi MH370

Tuesday, April 29, 2014
            

Tragedi MH370 yang melanda negara pada 8 Mac 2014 memberi impak yang sangat kuat terhadap emosi masyarakat dunia dan setempat. Mana tidaknya, sebuah pesawat besar yang membawa 239 orang penumpang dan anak kapal hilang begitu sahaja sejurus selepas sejam ianya berlepas. Segala usaha mencari dilakukan bersama 25 negara terlibat menemui jalan buntu.
            Merujuk kepada artikel dari Mingguan Malaysia 6 April 2014 bertajuk ‘CIA dan Teori Konspirasi Hilangnya MH370’, saya tidak menolak kemungkinan wujudnya konspirasi disebalik insiden ini yang didalangi oleh kuasa-kuasa besar. Jika difikirkan logik akal, benar juga apa yang diwar-warkan oleh masyarakat luar bahawa Amerika Syarikat (AS) mendalangi peristiwa ini selepas keruntuhan Pusat Dagangan Dunia pada 11 September 2001.
            Sudah lama kita berdiam diri, mungkin sudah tiba masanya untuk kita berfikir di luar pemikiran yang biasa. Acap kali teori konspirasi ini terlintas di fikiran tetapi kita masih berfikiran positif untuk menyedapkan hati masing-masing. Namun, selama mana harus kita berfikiran sempit sedangkan dunia sudah mula menerima teori konspirasi ini.
            Malaysia mempunyai hubungan diplomatik yang sangat rapat dengan China. China pula dicemburui oleh AS kerana pembangunan ekonomi yang sangat pesat. Apakah AS mempunyai agenda tersembunyi dalam memusnahkan hubungan baik Malaysia-China? Apakah motif wartawan Perancis bertanya soalan pelik pada Hishamuddin ketika persidangan media MH370 sedang berlangsung?
          Bagaimana pula dengan wartawan asing yang sengaja memburukkan-burukkan Malaysia di mata masyarakat China kononnya Malaysia mengambil mudah dalam menyampaikan maklumat terkini dan menyembunyi fakta sebenar MH370? Saya yakin bahawa media asing mempunyai agenda tersembunyi yakni dikaitkan dengan ‘Agenda Setting Theory’.
            Tidak tercapai dek logik akal untuk kita fikirkan bagaimana hilangnya pesawat  tersebut melainkan semuanya telah dirancang dari awal dan melibatkan kepakaran individu tertentu serta kuasa-kuasa besar. Kesimpulannya, tiada apa yang mustahil di dunia ini, jika ini yang dikehendakkan Allah swt ‘Kun Faya Kun’, maka ianya akan terjadi dengan cara apa sekalipun. Adakalanya, kita perlu berhenti menjadi lurus dan harus mempunyai sikap curiga bagi mengelakkan kita diperbodohkan oleh kuasa asing.

Bahana ketagihan telefon pintar.

Sejajar dengan pembangunan teknologi yang semakin pesat masa kini, Malaysia sebagai sebuah negara membangun tidak terlepas dari menerima tempiasnya. Malah, golongan muda khususnya sangat terpengaruh dengan peranti mudah alih dan gajet-gajet yang berteknologi tinggi.
Lebih 100 juta telefon pintar dijual di rantau Asia Pasifik setiap tahun dan jumlahnya dijangka meningkat sehingga dua kali ganda dalam tempoh lima tahun akan datang. Teknologi pada perantinya dilihat semakin canggih dar masa ke semasa. Malah, pelbagai syarikat pengeluar telefon bimbit seakan berlumba-lumba mengeluarkan peranti canggih di pasaran.
            Jika pada tahun 90an dahulu, telefon bimbit mula diperkenalkan dan hanya boleh dimiliki oleh golongan yang berkemampuan. Kini, golongan remaja mampu memiliki sekurang-kurangnya sebuah telefon pintar bahkan kanak-kanak juga lebih mahir menggunakan telefon pintar berbanding ibu bapanya sendiri.
            Bahana yang dikesan berpunca dari ketagihan telefon pintar juga semakin meluas. Bermula dari laman sosial yang dapat diakses melalui telefon pintar, golongan muda sudah mula terdorong untuk bersosial di alam maya tetapi dalam masa yang sama menjadi anti-sosial dengan masyarakat sekeliling.
            Maka, wujudnya jurang perbezaan diantara golongan muda dan warga tua yang kurang mahir akan teknologi masa kini disebabkan oleh taraf pemikiran yang berbeza. Kualiti masa yang diluangkan bersama keluarga semakin berkurang dek kerana telefon pintar yang mempunyai akses internet setiap masa dan pelbagai lagi aplikasi canggih disertakan.
            Pelbagai kes telah dilaporkan melibatkan ketagihan pada telefon pintar sehingga ada yang mengalami kemurungan dan ada yang sanggup membunuh jika tidak mendapatkannya. Malah, runtuhnya sebuah rumahtangga dan organisasi kekeluargaan juga disebabkan telefon pintar.
            Justeru itu, gejala ini harus dibendung secepat mungkin kerana jelas, telefon pintar membawa seribu padah sekiranya tiada kesedaran dalam diri setiap pengguna. Kita tidak harus membiarkan masyarakat kita terlalu taksub dengan peranti canggih yang dikeluarkan negara luar kerana dikhuatiri akan merosakkan moral dan pemikiran sesebuah masyarakat.

Online article review – Balkanisasi Siber : Gangguan kepada semangat 1Malaysia

Assalamualaikum,

      Saya terpanggil untuk membuat ulasan mengenai artikel ‘Balkanisasi Siber: Gangguan kepada 1Malaysia’ di laman suaramurba.blogspot.com. Artikel tersebut begitu memberangsangkan hingga membuat saya termenung seketika sambil berfikir situasi media baru yang melanda negara kita.
       Terbabit dalam arus permodenan dan globalisasi, Malaysia juga tidak terkecuali dalam pembangunan teknologi terutamanya ‘media siber’. Begitu juga pengguna media dan penonton yang semakin hari semakin taksub dengan dunia siber yang tiada hadnya khususnya bagi golongan remaja dan belia.
     Penulis Dr. Rahmat Ghazali menerangkan dengan jelas maksud ‘balkanisasi’ yang mungkin kurang diketahui dalam kalangan masyarakat kita. Secara ringkasnya, ianya bermaksud pengasingan yang berlaku dalam sesebuah kelompok masyarakat disebabkan oleh pengaruh media siber yang berleluasa.
        Ada benarnya setiap yang dicoretkan oleh penulis. Saya teringat akan satu ayat yang dapat menggambarkan kesan media siber terhadap masyarakat iaitu, media menjauhkan yang dekat, dan mendekatkan yang jauh. Interpretasinya adalah, media siber membuatkan kita mengendahkan orang disekeliling kita kerana leka melayan rakan-rakan jauh yang wujud di alam maya.



          Ternyata, laman sosial membuatkan anak-anak leka berinteraksi dengan rakan alam maya tatkala berada di meja makan bersama keluarga. Malah, dimanakah kualiti masa yang diluangkan apabila telefon pintar sentiasa di genggaman ketika kita sedang bercuti? Hal ini boleh dikaitkan dengan ‘Media Dependency Theory’ oleh Sandra Ball-Rokeach and Melvin Defleur pada 1976.

“The more a person depends on media to meet needs, the more important media will be in a person's life, and therefore the more effects media will have on a person.” (Ball-Rokeach, Defleur, 1976).


Media Dependency Theory atau Teori Kebergantungan Media lazimnya menggambarkan keadaan yang berlaku sekarang dimana masyarakat semakin dingin diantara kelompok berlainan etnik kerana konsep balkanisasi. Dalam kebanyakan laman sosial Facebook yang dilihat, pengguna hanya berinteraksi dengan pengguna lain yang bersamaan kaum atau etnik.
       Segala maklumat berada di hujung jari. Apa sahaja yang diinginkan akan dimakbulkan dengan adanya pencarian pantas di Internet. Skop pencarian juga semakin kecil dan pelbagai kumpulan bersosial yang kian spesifik juga tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Jika dilihat dari sudut positif, ianya memang mendatangkan kebaikan kerana perkongsian dan perbualan adalah bersifat peribadi. Tetapi, jangan sampai wujudnya semangat ‘Asabiyah’ diantara kaum.
Pelbagai lagi persoalan Balkanisasi yang boleh dirungkai dan dikaitkan dengan Teori Kebergantungan Media dan kesan terhadap penyatuan semangat 1Malaysia. Pendekatan masyarakat terhadap telefon pintar beserta media siber semakin menjadi-jadi sehingga membawa kepada ketagihan. Bahkan, konsep Balkanisasi pula semakin meruncing di Malaysia dan boleh membawa kepada perpecahan masyarakat.

Online Journalism is dangerous to Malaysian multi-ethnic society

Nowadays, the world is being enhanced with advancement of technological devices. So does the media. Since the new media has grown from the past few years, online media such as online newspaper, blogs, social networking sites (facebook, twitter, instagram) and et cetera has been introduced.
            Malaysia as a developing country is also included among the countries with new media development. We could not deny that the new media has made a major contribution towards our country in terms of delivering the messages. Thousands of news sources are being established in the new media from time to time.
            The new media are closely related to the online journalism. In Malaysia, we have newspapers of Utusan Malaysia, Sinar Harian, Berita Harian, Metro, The Star, Harakah and many else. With the globalization of the new media, they had constructed their own online newspaper and have been a hit to the audience across the country. Apparently, most of them follow the rules and ethics of a journalist as a official news provider.


            Unfortunately, the rise of unofficial and unaccredited reporters also hits the online journalism. There are many private blogs, news journals and social networking accounts that are trying to act as the approved journalist. This has been a major issue in online journalism with negative effects towards the society and country.
            There are many cases involving these groups that threaten the peace and harmony of Malaysia. Once before, the case of the sex-blogger Alvin and Vivian that creates sexually explicit content blog and humiliate the Muslims by publishing their picture of having ‘Bak Kut Teh’ (Pork-meat teh) with the message of ‘Selamat Berbuka Puasa’ (Happy Breaking the Fast).



            This case had clearly brings hatred by Muslims toward the individuals and has been a controversial issue of online media at the time. The tensions arise between the Malays and Chinese. Of course, it threatens the Malaysian multi-ethnic society that consists of Malay, Chinese, Indian, Javanese, and not forget, the Sabahan and Sarawakian multi-ethnic society.

            Therefore, the gatekeepers play important roles of monitoring and controlling the media freedom in Malaysia to avoid any controversial case happens again. Although we cannot wholly control the new media, but at least the gatekeepers are preventing any cases that threat Malaysian peace and harmony.