Puisi buat Ayah-Sempena Hari Bapa.

Thursday, June 16, 2011
Ayah

Seronok rasanya hidup didunia
Kelihatan anak-anak bersama bapanya
Bermain, berlari dan bercerita
Soal rahsia hati dan perasaan mereka
Terserlah bagai keluarga bahagia

Dah lama rasanya kita tak jumpa
Bersua muka bergurau senda
9 tahun memendam rasa
Menyimpan rindu yang kian meronta
Sekadar ditemani linangan airmata

Teringat dulu waktu bersama
Dikala engkau masih berada
Menabur budi memberi jasa
Walaupun anakmu telah berdosa
Tidak mensyukuri nikmat yang dikurnia

Maafkan anakmu kerana tidak setia
Menjenguk menemanimu sepanjang masa
Bukan berniat melupa buat selamanya
Tetapi takut akan perasaan hiba
Melihatmu di alam sana
  
Andai diberi peluang kedua
Ingin ku pinta kelahiran semula
Menatap wajahmu penuh bermakna
Kehadiran dirimu takkan ku sia
Permata berharga kaulah ayah tercinta


Selamat Hari Bapa.
Hargailah ibu bapa anda selagi mereka masih ada.


By Shaffy Ar-Rahim



1 komen membina:

  1. sgt ohsemm!!

    great job dear!

Post a Comment