Guys and babes, I'm back!

Thursday, July 18, 2013
Assalamualaikum semua :)

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi aku masih berpeluang untuk menulis blog ini walaupun hampir setahun aku tinggalkan tanpa berita. Akhirnya aku berkesempatan untuk meluangkan sedikit masa mengupdate blog. Macam-macam suka duka yang aku lalui sepanjang 1 tahun ni. Gelak ketawa dan tangisan sentiasa menemani aku.

1. Penyampai radio UFM

Lepas hadir ujibakat UFM, aku berjaya lepas beberapa ujian saringan dan melayakan diri menjadi salah seorang keluarga UFM, (radio UITM Shah Alam), yang memerlukan aku untuk menjadi penyampai radio sambilan. Tugas aku ialah untuk mengendalikan segmen radio iaitu pada setiap Selasa 1-4pm dan menggantikan penyampai radio yg lain jika mereka tak dapat hadir pada sesebuah slot. Ala pendek kata jadi deejay radio lah. Dapat lah aku asah bakat berceloteh dalam radio dan buang sikap pemalu aku ni. Nasib baik lah dlm radio je orang tak nampak muka. Ramai kawan yg sokong kareer aku ni, diorang harap aku jadi penyampai radio mcm Farah Fauzana. HEHE thanks buat yg mendoakan kerjaya aku. Aku pun masih belajar, selalu buat salah bila on air. Paling tak tahan bila aku tersalah sebut HOT.FM, sepatutnya UFM. Adoyy maluuuuuu !  HAHA Banyak pengalaman yg aku dapat jadi deejay ni. Ramai yg beri tunjuk ajar pada aku especially staff2 UFM. Terima kasih sekali lagi buat semua :)






2. Abangku kahwin lagi

Tahniah buat abang aku Mohamad Hafiz telah mengakhiri zaman dudanya pada 26/5/2013 dengan gadis pilihan Kak Iryani dari Rembau 'Most Wanted' yaww. Aku pun dapat ambik berkat pengantin sikit lepas jadi pengapit. HEHE. Selamat Pengantin Baru buat Abang Hafiz dan isteri. Doakan adikmu yang satu2nya belum kahwin lagi ni cepat bertemu jodoh. Aminnnn.. Terima kasih buat Abe Asip kerana sudi menjadi fotografer rasmi kenduri abg hafiz. Yang pentingnya aku gembira apabila semua ahli keluarga aku dan orang tersayang dapat berkumpul dalam satu majlis. Terima kasih makcik Norizan kerana sudi menumpangkan kami sekeluarga di homestay beliau secara percuma, untuk kami bercuti di Melaka lepas kenduri tu. Terima kasih daun keladi, ada masa kami datang lagi :)

3. Anugerah Dekan Semester 2
Sekali lagi aku panjatkan syukur ke hadratMu ya Allah atas kurniaanmu memberikan kejayaan buatku dalam peperiksaan. Takde lah kejayaan sangat tapi keputusan yang memuaskan hati atas usaha aku dalam pelajaran sem lepas. Dapat lagi aku merasa makan kat hotel dan naik pentas. Harap2 sem depan ada rezeki lagi nak naik pentas. Amin...




4. Pembiayaan dari kerajaan
Atas pencapaian aku dalam pelajaran, aku ditawarkan biasiswa dari kerajaan yang banyak meringankan beban aku untuk hidup di Shah Alam yg serba tinggi kos sara hidup. Dengan biasiswa tu, dapat lah aku buat belanja untuk pembiayaan MyVi yg aku bawak. Alhamdulillah, hidup aku di sini dipermudahkan segalanya. Terima kasih kerajaan dan syukur ya Allah.

Namun, disebalik semua itu, ada beberapa perkara yg tak dapat aku nak ceritakan kat sini. Hidup aku memang agak senang, tp kesenangan bukanlah segala-galanya. Kadang-kadang aku sedih, marah, terkilan, risau. Macam-macam yang aku rasa dlm hati ni. Perkara yg buat hati aku gelisah dan sentiasa tak tenang. Aku dah cuba nk lupakan semua ni tp susah, hanya Dia yang tahu apa aku rasa, dan hanya Dia yg dapat menenangkan hati aku. Aku tertanya-tanya bila semua masalah ni nak berakhir dan sampai bila aku harus bertahan. Masalah yang tak berkesudahan yang selalu buat aku menangis dalam diam, merintih dalam hati. Perkara yg sentiasa aku pikir sebelum tidur, dan perkara yg aku takut-takutkan akan terjadi. Setiap hari aku cuba nak lupakan semua tu. Aku tak dapat fokus study dan aku tak kuat untuk mengharungi semua ni. Kalau aku kaya, nak je aku pergi jauh2 ke luar negara untuk lari dari masalah ni. Tp apa daya, hidup mesti diteruskan, kita tak boleh lari dr masalah. Aku pun masih ada tanggungjawab yg perlu aku selesaikan di sini.. Semoga Allah swt tabahkan hati aku. Amin.