Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Pesanan Buat Suami..

Wednesday, October 12, 2011
U'olls ! ada sumthing nak share ni. Khas untuk yg bakal mendirikan rumah tangga macam saya ni, entah bila. Dan jugak yg dah kahwin pun boleh take note. Entry ni diambil dr sorang hamba Allah di facebook. Credit kat dia ! Enjoy reading !

1. Selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali - kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan atau cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami & lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal.

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah atau menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dgn isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dgn ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati.. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Wahai Sang Adam

Sunday, October 9, 2011

Sekiranya tersentuh hatimu untuk mengenal hati seorang insan bernama hawa,


Selamilah isi hatinya.
Kasihkanlah dirinya.
Sayangilah imannya.
Lindungilah dirinya.
Jagalah kehormatannya.
Perbaikilah kesilapannya.
Kukuhkan ibadahnya.
Perbanyakkan amalannya.
Bimbinglah ke jalan syurgaNya.
Fikirkan masa depannya.
Berikan sokongan padu.
Hargai pengorbanannya.
Fahami kehendak jiwanya.
Sabar kerana tingkah lakunya.
Terima segala kecacatannya.
Akhir sekali, bersyukur ke hadrat Allah swt kerana diberikan peluang untuk mengenalinya.

SEORANG LELAKI YANG BERGELAR PEMIMPIN ADALAH YANG DAPAT MENJADI IMAM UNTUK KELUARGANYA ♥ 




Syawal yg suam-suam kuku-Part 4. Tamatnya Diploma

Saturday, October 1, 2011
Dah tamat practical training bermakna tamatlah pengajian diploma aku after 3 years been struggling with classes, tests, quizzes, exams and perkara-perkara yang lazim bagi seorang pelajar. Banyak pengetahuan, pengalaman dan kenangan yang aku dapat sepanjang 3 tahun hidup di Alor Setar. Thank God, Alor Star tue tak lah jauh mana pun dari Penang, thats why aku dapat hidup dekat sana. Banyak kenangan manis dan pahit yang aku dah tempuh, my life, my studies, romance, friendships and conflicts. Rasa terlalu cepat masa berlalu tapi Alhamdulillah, aku berjaya sampai ke tahap ini. Ribuan terima kasih buat semua tenaga pengajar yang mendidik aku menjadi seorang manusia yang lengkap ilmu di dada. Terima kasih mak, terima kasih kawan, terima kasih lawan, terima kasih awak. Kerana anda semua,

I'M A DIPLOMA HOLDER !






Syawal yg suam-suam kuku-Part 3. Farewell Party HM

WOW ! Rugi giler sape batch HM yang tak pergi Farewell Party Tourism Management. Semua budak-budak yang hadir dari batch 1-6 sangat lah VOGUE THE VASSSS ! Ala-ala glam gitu, auw ! Nasib baik takda press yang datang. Kalau tak boleh aku panggil wartawan Fashion Police dekat channel E!

King and Queen candidates.

 Atikah Zanian, Boy Azizz and Shaffy Ar-Rahim.

Get to the Dance Floor.

Talented performance.

Candlelight moment, auuw ! i'm touched..

Our lecturers.

Ayu Zaidun, Tyla Tylu, Atikah Zanian, Shaffy Ar-Rahim, Myra Mohd Yusoff

Ayu ambik hadiah Music Chair saya !

Teropong-teropong ala Lady Gaga.

Good job guys ! We had an awesome moment with the juniors, rasa macam lepak-lepak dengan celebrities dan datin-datins. HAHA. 

GO HM GO !

Syawal yg suam-suam kuku-Part 2. Tamatnya Practical Training

Sedar tak sedar dah sampai minggu ke-18 aku keja dkt KPL Penang. Sedihnya rasa kena berpisah dengan staf-staf sini. Tapi nak buat cemana, aku ini student practical je bukan permanent staff pon. Apa yang penting, aku kena tamatkan pelajaran untuk teruskan hidup aku. Mungkin satu hari nanti aku pulak yang jadi permanent staf kat situ. Mana tahu kan?

Some sweet moments of us, Ministry of Tourism Penang.

1Malaysia Parks and Gardens@Penang Botanical Garden

Discover Bukit Mertajam

Jamuan Berbuka Puasa

Homestay Pulau Aman Premise Inspection

Kursus Pengendalian Layan Tamu, UUM Sintok

Hang out tengok wayang

Staf PKPL dan Tourism Malaysia

Matra Buana Balik Pulau

W@H: A Malay Wedding Experience

W@H: A Gift of Love in Ramadhan

Terima kasih banyak-banyak kepada semua sebab dah bagi peluang dan kepercayaan untuk aku jadi sebahagian dari family PKPL ni. Serius best giler sebab dapat staf-staf yang satu kepala dengan aku, kalau pergi office lain pun belum tentu boleh dapat staff yang giler kentang cam korang ni.

KORANG MEMANG DA BOMMMMM !!