Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Meriahnya Karnival Tarian Cuti-Cuti 1Malaysia

Saturday, December 10, 2011
Salam semua!

Sorry you all, 
seminggu dua ni tak dapat nak update blog di atas sebab-sebab yg tak dapat dielakkan.
I miss my blog so much !

So my next story is????

Last week aku join office lama PKPL@MOTOUR Penang punya event,

KARNIVAL TARIAN CUTI-CUTI 1MALAYSIA
Sabtu, 3 Disember 2011

Karnival ni tiap-tiap tahun akan diadakan kat Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Tapi ni first time aku dapat join event ni.

Bukan saja-saja nak gebang la kan, ni nak habaq mai ni !
(haa kan dah terkeluaq bahasa penang aku )

Karnival ni sumpah BEST!
Tak rugi aku join, daripada duk hasilkan tanaman anggur kat rumah.
First day bertolak just check in kat Mandarin Court Hotel dan jalan-jalan around Bukit Bintang.
Second day ni sangat la HAPPENING walaupun event yang hanya berlangsung untuk 2-3 jam 
dan siaran langsung yang hanya sekitar 10 minit kat TV1.
Mak aku yang cakap. HEHE


Baru turun bus kat Dataran Merdeka dari Hotel Mandarin Court.
Pagi-pagi pukul 6 dah kena terpacak depan hotel, ada yang muka ceria, ada yang excited, dan ada jugak yang bangun lewat.. Ngantuk ye?


Pemandangan waktu subuh Bangunan Sultan Abdul Samad, jalan di sekeliling ditutup!


Aku ber'cardigan' putih malas nak rehearsal lagi, tepuk-tepuk lah dulu untuk warm up..


Get ready for rehearsal. Ni nak menari sambil berfesyen ye cik kak?


Rombongan yang entah dari negeri mana aku main ambik je, 
makcik ni malu-malu pulak tak nak pandang sini.


Kat tengah-tengah orang lalu lalang pun sempat lagi take a pose.


Aiyaa auntie, lu kasi wa tangkap gamba dulu la balu jalan......


Kalau tak silap ni tarian siam, step paling mudah budak 1 tahun pun boleh buat.


Orang terlalu ramai mencecah 16 ribu peserta sampai budak ni pun rasa semak. HAHA


Datin Seri Rosmah Mansor, isteri PM tengah bagi ucapan ringkas yang tak berapa nak ringkas, 
yang bestnya sempat lagi dia nak berkempen untuk BN.
Alahaiii saya tak minat politik lah datin...
Saya cuma datang nak menari je.. HEHE
Tapi saya sangat sayang pada Tun Mahathir like my own father ♥ 


Majlis Perasmian Karnival Tarian Cuti-Cuti 1Malaysia.
Turut disertai, YB Dato' Sri Dr Ng Yen Yen, Menteri Pelancongan Malaysia.
Ada 9 jenis tarian tradisional dalam keseluruhan tarian, 
tiap-tiap kali tarian berhenti dan nak tukar ke tarian lain, 
si Mahathir Lokman pengacara majlis ternama tu akan jerit

"1 MALAYSIA!"
"MALAYSIA BOLEH!"

Dan kami peserta akan sahut balik jeritan tu.
Mahathir Lokman memang sangat HAPPENING bila mengacara majlis.
AWESOME NOKK!


Sempat snap gambar isteri PM masa kereta khas dia lalu depan kami.
Waktu ni dah habis tarian dan dia cakap nak balik rumah then shoot terus pegi Perhimpunan Agung UMNO.
Ramai cakap tangan dia lembut bila dapat salam,
almaklum lah selalu pegi spa mahal-mahal.
HEHE


Lepas habis acara tarian utama, semua pakat duk terbungkang atas jalan.
Sambil relaks-relaks, lepak-lepak, amek foto, makan minum, gelak HU HA HU HA.
Heyy bukan senang nak duduk lepak atas jalan raya tau,
jalan tu ditutup khas untuk kami. HUHU


Okayy masa ni semua peserta tengah tunggu untuk sesi tarian kedua walaupun VIP dah balik.
Tapi ada jugak rombongan yang dah tak sabar-sabar nak balik macam kami ni.

ADIOSS DATARAN MERDEKA!




Rehearsal Tarian Cuti-Cuti 1Malaysia-Tarian Puteri Santubong
Disertai YB Dato' Sri Dr Ng Yen Yen, Menteri Pelancongan Malaysia. (Baju merah)

Mat Luthfi Videoblogger Terbaik!

Wednesday, November 23, 2011
Salam wbt

Hye kamu!
Aku nak bebel lagi ni.
Baru je cerita pasal Asyraf Yaacob,
so sekarang nak cerita pasal Mat Luthfi pulak.

Mat Luthfi?
Sape dia?
Doktor? Magistrate? Lawyer?
Apa! Ahli muzik?!!

Ahh, bukan..
Mat Luthfi seorang student Malaysia kat oversea khabarnya.
Jurusan architecture.
Sorry kalau tersalah info.

Apa yang 'baguih' sangat pasal mamat nih?
HAAA mesti ramai yang dah tahu hobi dia ni suka Videoblogging.
Reka video dengan mesej-mesej tertentu dengan style dia tersendiri.
Boleh cakap semua video dia buat memang kelakar gila ahh!
Tak bosan aku tengok,
guling-guling aku atas katil tergelak-gelak sorang-sorang.

KAHKAHKAHKAH!
WAKAKAKAKAKAKA!
MUAHAHAHAHAHAHA!

Sebenarnya dah lama aku tengok video Mat Luthfi ni.
Tapi tak pernah pulak nak follow cerita dia.
So malam ni bila aku belek-belek U-TIUP.
Banyak dah video yang mamat ni upload.
Boleh kata icon U-TIUP jugak la. 
Jom tengok some videos yang aku minat.
Sangat RECOMMENDED untuk ditonton !

Tajuk: Typical Local Drama




Tajuk: Bukan Semua Cantik Subjektif




Tajuk: Accept differences (music)



Tajuk: Judgmental




Tajuk: Mercun Bola Bukan Bola




Tajuk: Nama Pun Sampah




Tajuk: Masalah




Tajuk: Rant On Lagu Cinta




Tajuk: Made by Malaysians


Dan banyak lagi yang best-best!
Video-video ni jelas menunjukkan yang 
untuk menghiburkan orang ramai tak perlu nak memalukan diri sendiri macam Cikgu Shidah, 
cukuplah dengan sedikit kreativiti,
mesej-mesej yang berinformasi,
some senses of humor,
fakta-fakta menarik,
pengetahuan am,
music backgrounds,
sedikit pelakon tambahan,
diselit dengan hati yang ikhlas dan bersifat terbuka.
No hard feelings, no offences.

You make me proud being a Malaysian.
Good Job Mat Luthfi!
Keep it up!


Artis nasyid ni BEST tapi kenapa tak famous?

Salam wbt
Hye hye semua!
Demam menang bola masih terasa,
tahniah Malaysia!

Elelelelelele laaaaa Ooooooo!
Elelelelelele laaaaa Ooooooo!
Harimau Malaya!

Malam ni rasa nak layan U-TIUP je..
tak boleh nak tidor, hidung tersumbat..
alahaiii......~

Sambil-sambil carik lagu,
aku terjumpa pulak video sorang mamat ni.
Dia banyak buat cover lagu orang.
Melayu, Omputeh, Indon dan Arab pun.

FULAMAKK...
Suara dia awesome!
Ala-ala mendayu-dayu gitu.
First time dengar camtu-camtu je,
lepas dah habis lagu rasa macam nak play balik pulak.
Terus aku rasa nak layan video-video yang lain.

Kalau kat Malaysia ni kita ada ramai artis U-TIUP perempuan.
Bermula dengan Yuna, diikuti dengan Ana Raffali,
diteruskan oleh budak facebook Najwa Latif kita yang kecik molek.
Dengar-dengar ramai pulak yang minat Ainan Tasneem.
Tapi nampaknya minah ni low-profile sikit.
Tak berminat jadi artis khabarnya..

Haa meh aku nak introduce kat dia ni pulak,
nama dia Asyraf Yaacob.
Korang jangan cakap banyak, dengar dulu okay!




Haa best kan?
Pada yang cakap tak best tu, better g korek telinga korang dulu.
Ahaks!
First impression bila tengok dia ni,
rasanya dia pernah or tengah join group nasyid.
Rupa-rupanya dia ni memang artis nasyid!
Memang sesuai lah dengan perwatakan dia.
Orangnya pun nampak baik dan soleh.
Kalau niatnya nak berdakwah, Alhamdulillah..
Itulah sifat yang dicari-cari.
Tapi kenapa aku tak pernah dengar suara dia kat radio?
Ke aku yang jarang layan radio?
Ishhh tak mungkin!

Happy listening!


Sebutan Arab ada gak yang terkantoi, tapi suara tetap mantap.
Sesuai untuk genre ballad.



Pedulikan video tu, dengar suara je okay!
Orang ni tak pandai rakam agaknya.
Walau pun versi Imran Ajmain lagi best, tapi dia nyanyi pun boleh tahan jugak.



Entah studio or karaoke mana lah dia ni pegi,
layan je la okay!



Ni pulak lagu favourite aku!
Just nice dia nyanyi :)
Ada bunyi-bunyi nasyid sikit.
HAHA.



Ni lagu patah hati yang terhebat abad ini.
Versi dia dan kawan-kawannya.
Group nasyid dia jugak aku rasa.
Tapi aku TABIK sebab diorang nyanyi dengan style tersendiri.
Well done Guys!

p/s : Aku rasa diorang ni pun kaki karaoke jugak, HAHAHA



HAAAA lagu ni special case sikit,
setahun sekali je baru ada.
Lagu raya sedih beb!
Waaaa...nanges!

That's all yang aku nak tunjuk.
Lain-lain lagu korang dengar sendiri la kt U-TIUP okay.
Search Asyraf Yaacob.

Thank you!

Buat Asyraf, kau takde baju lain ke nak pakai selain baju melayu maroon tu?
HAHAHA
Sorry ye aku buat story pasal kau sesuka hati,
just wanna share your awesome voice.
(^^,)


Harimau Malaya Ganazz Beb! AUMMM!

Tuesday, November 22, 2011
  Salam wbt

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi..
kerana dengan izinNya,

MALAYSIA JUARA BOLA SEPAK SUKAN SEA 2011!!

Yay!Yippie!Yahoo!Hoorey!

Tak sia-sia aku dan kawan-kawan menyemak kat kedai mamak dari maghrib semata-mata nak cop tempat untuk tengok game ni.
Tak rugi aku tawaf semua kedai cari "wisel tiup-tiup besday" tu.
Dan berbaloi penantian kami menyokong Malaysia sampai 3 jam !


Orang pakai jersi kuning dan biru Malaysia, aku terpaksa pakai jersi Chelsea sebab tak ada jersi. 
Ahhh ada aku kesah!
Hati aku tetap pada Malaysia!

FUHH!
Persaingan memang terlalu sengit, dua-dua pihak takmau mengaku kalah.
Berjuang bermati-matian demi menjulang nama dan maruah Malaysia.
Dari separuh masa pertama,
ke separuh masa kedua.
Dari separuh masa kedua,
ke masa tambahan pertama.
Dari masa tambahan pertama,
ke masa tambahan kedua.
Dari masa tambahan kedua,
sampai penanti.

GOLLL !!

Malaysia menang dengan sepakan penalti 4-3.
Rasa nak luruh jantung ni aka lemah jantung.
Takot, risau, seriau, panik, resah, nebes semua ada.
Mau taknya,
Masa penalty-kick paling aku takut, sebab semuanya kira LUCK!
10 minit paling mendebarkan!







Syabas Skuad Bolasepak Malaysia!
Tahniah Khairul Fahmi! Tahniah Muslim! Tahniah Baddrol! Tahniah Tamil! Tahniah Gurusamy!
Tahniah Fakri! Tahniah Ong Kim Swee! Tahniah SEMUA!
Saya Sayang Anda Semua!!

Walaupun kita dihina dicaci oleh Indonesia, tapi HARIMAU MUDA tak mudah tunduk pada GARUDA!
Balasan korang lah tu sebab hina bendera dan lagu negara Malaysia, Allah Taala bayar "cash" okay!

http://www.facebook.com/pages/ANTI-MALAYSIA-MALINGSIA/163468427488

BOOOOooooooo this page! Sebab dah hina Malaysia! Dan sekarang ramai orang Malaysia attack balik page ni, 
PADAN MUKA KAU!
baru menangis tak berlagu macam mamat INDON ni.
Menyesal pun tak guna..
Sekali aku tengok kesian, dua kali rasa padan muka sebab menghina Malaysia Negara Pencuri!
Kalau betul Malaysia ni pencuri, buat apa kau hantar orang kau jadi kuli kat sini?
Tak ke duit haram namanya?!
Come on, Allah Taala dah tentukan segala rezeki yang patut diberikan kepada hamba-hambanya.
Lagi pun semua harta yang korang rebut tu takkan kekal sampai ke akhirat pun.
No need for provocation, what goes around comes around!



Sabar ye pak! Lagi 2 tahun cuba lagi..

Syabas Harimau Malaya!
Anda Hero Malaysia!







Melayu ada, India ada, dan Jurulatih pasukan pulak Cina,
Memang terserlah 1Malaysia!
Sama macam para penyokong yang sorak semua bangsa ada,
SAYA BANGGA JADI ANAK MALAYSIA!




Budak Baru Masuk FACEBLOG

Monday, November 21, 2011
Salam wbt..

Hye Semua!

Hari ini first day register untuk komuniti FaceBlog, so diharap tolonglah budak baru belajar ni dekat mana-mana yang kurang eh. Minta halalkan semua ilmu widget yang saya share. Terima kasih.

Salam Ukhuwah, Shaffy Ar-Rahim.

p/s: Go Harimau Muda, AUM!!



Lagu Wonderpets Versi Harimau Malaya

Sunday, November 20, 2011
Wisell.. Wisell berbunyiii…
Wisell.. kami datangg..
Wisell.. Wisell berbunyiii…
Ade haiwan dalam bahaya.. ade haiwan dalam bahaya…
Ade haiwan dalam bahaya disana..

Anak Garuda...Terpatah sayapp..
Garuda..terpatah sayapnya..disanaa..
Kesian Garuda..Matanya buta..
Matanya Buta terkena laser..

Harimau, Malaya, kami datanggg..
Membaham binatang dalam kesusahan ..
Kami tak besar dan kami tak kuat..
Bila bekerjasama kami jadi kuat…

Heyy.. Malaysia.. Yeyyyy...

p/s: credit to the composer out there yah. Malaysia Boleh, Harimau Malaya Boleh, AUMMM!!




Surat Cinta Untuk Calon Suamiku

Thursday, November 17, 2011
Salam semua!
Hari ini nak tunjuk kat korang semua, sebuah KARYA AGUNG.
tapi bukan hasil harya aku!

Nak jadi cerita, bila bosan aku selalu online, hari-hari online. Entah macam mana aku boleh jumpa benda ni kat YOUTUBE. Jodoh kot.
Video dari Humaira Fii Hamra. Walaupun aku tak kenal dia, tapi aku TABIK mendada lagi tau! Dia buat surat cinta, FUHH! Ayat bukan main power lagi!
Belek-belek balik, ada bahasa melayu sikit campur indon.
Tapi memang bermadah, bunga bunga bunga bunga CINTA+IMAN..
Aku baca feeling habisss.
Video ni mungkin dah lama published tapi aku yang ketinggalan kot.
HAHA. Jom baca ayat dia!
Kalau korang dah pernah baca pun, layan je laa okay.




Surat Cinta untuk Calon Suamiku

Kepada ytb, calon suamiku,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Dear calon suamiku..

Apa kabarnya imanmu hari ini?
Sudahkan harimu ini diawali dengan syukur
 karena dapat menatap kembali fananya hidup ini?
Sudahkan air wudhu menyegarkan kembali ingatanmu 
atas amanah yang saat ini tengah kau genggam?

Wahai calon suamiku,
Tahukah engkau betapa Allah sangat mencintaiku dengan dahsyatnya?
Disini aku ditempa untuk menjadi dewasa, 
agar aku lebih bijak menyikapi sebuah kehidupan dan siap mendampingimu kelak.
Meskipun kadang keluh dan putus asa menyergapi, 
namun kini kurasakan diri ini lebih baik.

Kadang-kadang aku bertanya-tanya, 
kenapa Allah selalu mengujiku tepat dihatiku?
Bagian terapuh diriku..
Namun kini aku tahu jawabannya.
Allah tahu dimana tempat yang paling tepat agar aku senantiasa kembali mengingatiNya.
Ujian demi ujian insyaAllah membuatku lebih tangguh, 
sehingga saat kelak kita bertemu, 
kau bangga telah memiliki aku dihatimu.

Calon suamiku,
Entah dimana dirimu sekarang.
Tapi aku yakin Allah pun mencintaimu sebagaimana Dia mencintaiku.
Aku yakin Dia kini tengah melatihmu menjadi mujahid yang tangguh hingga aku pun bangga memilikimu kelak.
Apa yang kuharapkan darimu adalah kesalihan.
Semoga sama halnya dengan dirimu.
Karena apabila kecantikan yang kau harapkan dariku, 
hanya kesia-siaan yang akan kau dapati.

Aku masih haus akan ilmu.
Namun berbekal ilmu yang ada saat ini, 
aku berharap dapat menjadi isteri yang mendapat keredhaan Allah 
dan dirimu, suamiku..

Wahai calon suamiku,
Saat aku masih menjadi asuhan ayah dan bundaku, 
tak lain doaku agar menjadi anak yang solehah.
Agar kelak dapat menjadi tabungan keduanya di akhirat.

Namun nanti, 
setelah menjadi isterimu, 
aku berharap menjadi pendamping yang solehah.
Agar kelak di syurga cukup aku yang menjadi bidadarimu, 
mendampingi dirimu yang soleh.

Aku ini pencemburu berat, 
tapi kalau Allah dan Rasulullah lebih kau cintai daripada aku, aku rela.
Aku harap begitu pula dirimu.
Aku yakin kaulah yang kubutuhkan.
Meski nanti kau bukanlah orang yang kuharapkan.

Calon suamiku yang dirahmati Allah,
Apabila hanya sebuah gubuk menjadi perahu pernikahan kita, 
takkan kunamai dengan gubuk derita.
Karena itulah markas dakwah kita 
dan akan menjadi indah ketika kita hiasi dengan cinta dan kasih.
Ketika kelak telah lahir generasi penerus dakwah Islam dari pernikahan kita, 
bantu aku untuk bersama mendidiknya dengan harta yang halal, 
dengan ilmu yang bermanfaat, 
terutama dengan menanamkan pada diri mereka ketaatan kepada Allah Taala.

Bunga akan indah pada waktunya.
Yaitu ketika bermekaran menghiasi taman.
Maka kini tengah kupersiapkan diri ini sebaik-baiknya.
Bersiap menyambut kehadiranmu dalam kehidupanku.
Kini aku sedang belajar menjadi yang terbaik.
Meski bukan umat yang terbaik, 
tapi setidaknya menjadi yang terbaik disisimu kelak.

Calon suamiku,
Inilah sekilas harapan yang kuukirkan dalam rangkaian kata.
Seperti kata orang, 
tidak semua yang dirasakan dapat diungkapkan dengan kata-kata.
Itulah yang kini kuhadapi.
Kelak saat kita tengah bersama, 
maka disitulah kau akan memahami diriku, 
sama halnya dengan diriku yang akan belajar memahamimu.

Bersabarlah calon suamiku. 
Doaku selalu, 
agar Allah memudahkan jalanmu untuk menjemputku sebagai bidadarimu.
Semoga Allah selalu menjagamu.
Agar tak tersentuh yang bukan mahrammu meski hanya seujung kuku.
Agar kau bisa mempersembahkan dirimu seutuhnya untukku.
Seperti halnya aku yang ingin mempersembahkan diriku seutuhnya, 
hanya untukmu.

Sudah dulu ya calon suamiku..

Waalaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh..

Calon istrimu.

Haa takmau touching okay.
Indahnya ayat-ayat dia.
Mana-mana perempuan pun akan tersentuh bila baca.

Korang tak faham?
Haishh orang berjiwa seni je boleh faham bait-bait ni.
HAHA
Tengok sendiri la video dia ni, siap dengan lagu lagi.
Insaf terus aku dengar.





It's my birthday again !

Friday, November 4, 2011
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan dan tahun..

TIK TOK TIK TOK....................KRINGGGG !!!!!!!




OHH MY GUCCI ! I'M 21 !!

Apa? 21 ! Biar betul...Shaffy, kau dah umor 21 tahun. I repeat, bukan 12 okay, tapi 21 ! Kau dah dewasa, dah boleh mengundi. Haha yippie !! Eh agak-agak ada uban tak rambut aku ni? Kedut-kedut?

Now can you hear me?
I'm big enough !
(walaupon badan tak big)

Tahun ni sambut biasa-biasa je, just like before. But i had a whole bunch of friends and loved ones by my side. Ada facebook ni buat saya rasa dekat dengan kawan-kawan saya. Terima kasih kepada yang dah mendoakan kesejahteraan buat saya dan saya doakan semoga Allah swt membalas kebaikan anda semua. Aminn.. 


Hey you, thanks for the lovely shawl (^^,) Damn love it so much ♥ 
And thanks again for those precious moments. Glad you were here :)


OHHH, SO CUTE !

BAHAHAHAHAHAHAHA. 

Pesanan Buat Suami..

Wednesday, October 12, 2011
U'olls ! ada sumthing nak share ni. Khas untuk yg bakal mendirikan rumah tangga macam saya ni, entah bila. Dan jugak yg dah kahwin pun boleh take note. Entry ni diambil dr sorang hamba Allah di facebook. Credit kat dia ! Enjoy reading !

1. Selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali - kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan atau cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami & lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal.

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah atau menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dgn isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dgn ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati.. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Wahai Sang Adam

Sunday, October 9, 2011

Sekiranya tersentuh hatimu untuk mengenal hati seorang insan bernama hawa,


Selamilah isi hatinya.
Kasihkanlah dirinya.
Sayangilah imannya.
Lindungilah dirinya.
Jagalah kehormatannya.
Perbaikilah kesilapannya.
Kukuhkan ibadahnya.
Perbanyakkan amalannya.
Bimbinglah ke jalan syurgaNya.
Fikirkan masa depannya.
Berikan sokongan padu.
Hargai pengorbanannya.
Fahami kehendak jiwanya.
Sabar kerana tingkah lakunya.
Terima segala kecacatannya.
Akhir sekali, bersyukur ke hadrat Allah swt kerana diberikan peluang untuk mengenalinya.

SEORANG LELAKI YANG BERGELAR PEMIMPIN ADALAH YANG DAPAT MENJADI IMAM UNTUK KELUARGANYA ♥ 




Syawal yg suam-suam kuku-Part 4. Tamatnya Diploma

Saturday, October 1, 2011
Dah tamat practical training bermakna tamatlah pengajian diploma aku after 3 years been struggling with classes, tests, quizzes, exams and perkara-perkara yang lazim bagi seorang pelajar. Banyak pengetahuan, pengalaman dan kenangan yang aku dapat sepanjang 3 tahun hidup di Alor Setar. Thank God, Alor Star tue tak lah jauh mana pun dari Penang, thats why aku dapat hidup dekat sana. Banyak kenangan manis dan pahit yang aku dah tempuh, my life, my studies, romance, friendships and conflicts. Rasa terlalu cepat masa berlalu tapi Alhamdulillah, aku berjaya sampai ke tahap ini. Ribuan terima kasih buat semua tenaga pengajar yang mendidik aku menjadi seorang manusia yang lengkap ilmu di dada. Terima kasih mak, terima kasih kawan, terima kasih lawan, terima kasih awak. Kerana anda semua,

I'M A DIPLOMA HOLDER !






Syawal yg suam-suam kuku-Part 3. Farewell Party HM

WOW ! Rugi giler sape batch HM yang tak pergi Farewell Party Tourism Management. Semua budak-budak yang hadir dari batch 1-6 sangat lah VOGUE THE VASSSS ! Ala-ala glam gitu, auw ! Nasib baik takda press yang datang. Kalau tak boleh aku panggil wartawan Fashion Police dekat channel E!

King and Queen candidates.

 Atikah Zanian, Boy Azizz and Shaffy Ar-Rahim.

Get to the Dance Floor.

Talented performance.

Candlelight moment, auuw ! i'm touched..

Our lecturers.

Ayu Zaidun, Tyla Tylu, Atikah Zanian, Shaffy Ar-Rahim, Myra Mohd Yusoff

Ayu ambik hadiah Music Chair saya !

Teropong-teropong ala Lady Gaga.

Good job guys ! We had an awesome moment with the juniors, rasa macam lepak-lepak dengan celebrities dan datin-datins. HAHA. 

GO HM GO !

Syawal yg suam-suam kuku-Part 2. Tamatnya Practical Training

Sedar tak sedar dah sampai minggu ke-18 aku keja dkt KPL Penang. Sedihnya rasa kena berpisah dengan staf-staf sini. Tapi nak buat cemana, aku ini student practical je bukan permanent staff pon. Apa yang penting, aku kena tamatkan pelajaran untuk teruskan hidup aku. Mungkin satu hari nanti aku pulak yang jadi permanent staf kat situ. Mana tahu kan?

Some sweet moments of us, Ministry of Tourism Penang.

1Malaysia Parks and Gardens@Penang Botanical Garden

Discover Bukit Mertajam

Jamuan Berbuka Puasa

Homestay Pulau Aman Premise Inspection

Kursus Pengendalian Layan Tamu, UUM Sintok

Hang out tengok wayang

Staf PKPL dan Tourism Malaysia

Matra Buana Balik Pulau

W@H: A Malay Wedding Experience

W@H: A Gift of Love in Ramadhan

Terima kasih banyak-banyak kepada semua sebab dah bagi peluang dan kepercayaan untuk aku jadi sebahagian dari family PKPL ni. Serius best giler sebab dapat staf-staf yang satu kepala dengan aku, kalau pergi office lain pun belum tentu boleh dapat staff yang giler kentang cam korang ni.

KORANG MEMANG DA BOMMMMM !!

Syawal yg suam-suam kuku-Part 1. Raya

Friday, September 30, 2011
O hooooo hoiiii !
Kalau dah sebulan tak post entry....hati di sini rasa tak happyyy...

Welcome back shaffy. Dah sebulan tak masuk dunia penulisan belog ni. Terlalu busy dengan raya, habis practical, dinner HM then present report.

Dah tak tahu nk start dari mana.

First thing first, this year's eid was quite okay. Nak kata meriah tak ada la meriah sgt, open house pun kecil-kecilan je. Adik-beradik semua balik, Alhamdulillah :)
Ni ada la some pictures i've taken masa raya.

Kat rumah tok cik limah.

budak riang ni boyfriend saya. HAHA.
jangan jeles ucuk !

rombongan datang meminang.
ehh. rombongan datang beraya..

dengan fida ngok ngek ~

boyfriend saya lagi !

Untuk semua yang datang rumah beraya termasuk la yang tak ada dalam gambar ni, TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK. SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN :)

lagu raya buat semua,


Gelagat Remaja Bercinta

Monday, August 22, 2011
Woot woot ! Tetiba rasa susah nak tidur. Tak tahu kenapa. Pejam celik guling kiri kanan pun tak lena-lena. Okay, maksudnya kena bangun buat sesuatu yg berfaedah sampai tertidur. Buang tebiat lah pulak aku tulis entry tengah-tengah malam membuta. Tapi, time-time macam ni berukband laju. So, apa cerrr yg best malam ni shaffy?


Korang mesti pernah dengar term, bercinta lepas kahwin?

Macam mana ek? Best ke? Takut la dapat pasangan yg takde chemistry. Tapi kalau dapat yg sweet mesti best kan?

Hurmm. aku pun baru 21 tahun. Tak pernah rasa kahwin. Pengalaman tak ada. Tak layak nak bg nasihat. Tapi boleh kan nak share pendapat ?

Lepas tengok cerita Nora Elena, Adamaya..rasa best wooo bercinta lepas kahwin. Pengaruh drama semua tu. HAHA.

Tapi aku ambil status sorang makhluk Allah tue kat facebook. Tak berapa ingat sape. Dia cakap :

"Bercinta tu ibarat berpuasa, kita tak boleh berbuka sebelum tiba WAKTUNYA." 


Credit ke atas penaik status tersebut. Betul-betul tersentap hati aku.

Sebenarnya impian aku ialah, aku teringin nak bercinta lepas kahwin. Macam cinderella yang mengimpikan untuk mengahwini prince charmingnya. sedangkan dia tak tahu sape prince charming tu. Aisehh, fairy tale pulak..

Bagi aku, bercinta tu tak semestinya berpegangan tangan, berdating 24 jam, declare tarikh couple, bersayang-abang setiap masa. EUWW !

Masa berubah, maka manusia pun akan berubah seiring dengan peredaran usia. Patut lah pakcik makcik yang
dah tua tak romantik-romantik. Rupa-rupanya mereka ada cara tersendiri menunjukkan rasa sayang. Cukup lah jika masing-masing menunaikan tanggungjawab sebagai suami isteri dan tak pernah abaikan antara satu sama lain masa senang dan susah. Gelak sama-sama. Sedih sama-sama. Gaduh sama-sama. Pujuk sama-sama. Lepas tu, kenang balik gelagat masing-masing masa tengah gaduh. Kan sweet? Baru syok ! Tade la boring sangat kalau hari-hari nak romantik je.

Cakap pasal bercinta, macam-macam gelagat aku tengok remaja zaman sekarang. Berdasarkan pengalaman aku sendiri pun ada. Macam BUDAK-BUDAK. (Muhasabah diri untuk aku jugak.) HAHA.

1. It's okay kalau korang suka sama suka. Allah SWT memang dah cipta perasaan tu dalam diri setiap manusia. Dah lumrah alam, kaum hawa diciptakan untuk melengkapi hidup kaum Adam. Kalau dah suka, masuk lah meminang si gadis tu. Buat apa tunggu lama-lama. Kalau belum mampu, sekurang-kurangnya beritahu lah mak dan ayah perempuan tu yang korang (kaum Adam) berhasrat nak meminang anak dia tu bila dah mampu. Baru gentlemen !

2. Dah la tak kenalkan diri kita kat family si gadis tu, lepas tu bawak pulak anak dara orang ke hulur hilir. Kalau jadi apa-apa, sape nak tanggung? Datang la rumah. Cakap dengan mak dan ayah dia yg kita nak bawa dia keluar sekejap. Apa-apa jadi kita sedia tanggung. Anak orang okay, bukan anak kucing !

3. Baru berapa lama kenal, nak declare couple pulak. Tarikh mau cantik punya ! Lepas couple, nak pegang sana, pegang sini, pegang sinun. Hey, halal ke kita nak pegang-pegang tu? Bukan lelaki je, perempuan pun sama. Tak terasa ke nak bagi surprise kat bakal suami korang lepas kahwin? Yang lelaki pulak, korang ingat dengan tindakan macam tu korang boleh "COP" siap-siap dia jadi hak korang. Kan bagus kalau korang ikat dengan tali pertunangan dan bukan dengan nafsu semata-mata. InsyaAllah, kalau dah jodoh tak kemana. Jangan ragu-ragu pada jodoh yg ditentukan Allah SWT.


Sesungguhnya Allah SWT pernah berfirman, " Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik." (surah an-Nur', ayat 26)

Tapi janganlah pulak kita tiba-tiba berubah semata-mata nak dapat jodoh yang baik, biarlah nawaitu tu datang atas kerelaan kita sendiri untuk beriman kepadaNya. Semoga kita dikurnia jodoh yang baik di dunia dan akhirat. Aminnn ~


4. Couple nak semua sweet je. "Abang tak sabar nak jumpa ayang, nak tengok puas-puas muka ayang yang comel tu. ♥ " PERGHH ! Ayat jiwang sehh, berbunga-bunga, berkias-kias. Romantik giler ahh. Korang tak geli ke dengar? Ke seronok kena puji? Sekali-sekala tu cuba gaduh-gaduh manja, mesti lagi sweettt ~ Lain lah kalau korang dah kahwin, nak romantik cemana pun takde sape halang.

5. Dah la belum kahwin, suka-suka hati pulak nak aturcarakan hidup pasangan korang. "Ini kena buat, itu tak boleh buat, selama 12 bulan setahun, 7 hari seminggu, 24 jam sehari, 60 saat seminit. Ingat pasangan korang tu patung ke nak ikut je kehendak korang setiap masa, duty report setiap saat, sampai takde kebebasan nak buat keputusan sendiri, takde ruang nak bernafas. Mengalahkan orang dah kahwin. RIMAS OKAY ! Tolong la bagi kebebasan sikit kat pasangan korang untuk buat apa yg dia nak, lagi pun dia masih ada keluarga. Takkan nak patuh cakap korang je kot.

6. Sejak-sejak dah couple, sensitif memanjang. Memanglah kita takde keja lain nak dibuat selain jaga hati pasangan yang terlalu emotional tue. Tatang bagai minyak yg penuh, dodoi macam baby. Dah nama pun manusia bukannya always perfect, berhati-hati camne pun tetap akan buat silap. Ini, salah cakap sikit mula nak touching lebih, terlupa kejap anggap diri sendiri macam tak penting, tak buat apa yg dia nak, merajuk tak tentu pasal. Kesian..terlalu gilakan perhatian. GUYS, jangan merajuk okay. Serius tak macho ! MANJA ~

7. Dulu masa takde kekasih, kawan lah yg selalu ada disisi kita saat kita senang dan susah. Sekarang bila dah ada kekasih, takkan nak buang kawan pulak. Agak-agak lah, takkan sampai takde masa nak spend untuk kawan-kawan. Sekali-sekala nak jugak buat hari bujang. Ni asyik mengadap muka kekasih tiap-tiap hari, BOSAN lah !

8.Sukanya tayang kat semua orang yang kita tengah hangat bercinta. Hello, ingat kita ni artis ke nak tunjuk romantik-romantik depan orang ramai? Tak tahu malu ke? Macam kita je yg ada pasangan kat dunia ni. Bergaduh pun nak tayang kat facebook? Adoyai ! Tak perlulah nak hebohkan kat dunia pasal hal-hal peribadi kita, malu lah.. Sedangkan hal-hal rumahtangga pun perlu dirahsiakan, inikan hal bercinta. Tahu tak sebenarnya orang MENYAMPAH giler tengok gelagat kita yg konon romantik sangat tuh. Kalau ye pun nak beraksi depan orang ramai, cuba la gaduh-gaduh manja sekali sekala. Baru orang geli hati tengok gelagat kita.

9. CEMBURU. Ini yang aku paling benci skali kalau bercinta. Memanglah cemburu tu tanda sayang. Tapi berpada-pada la kalau nak cemburu pun. Janganlah nak melampau-lampau pulak sampai tak boleh nak bersosial. Bersosial tu sebenarnya penting untuk kita meluaskan jaringan baru lah hidup boleh maju ke depan. Asalkan tak melepasi batasan sudah lah. Kepercayaan tue penting dalam setiap hubungan. Kalau kita percaya kat pasangan kita, InsyaAllah hidup lebih tenang, tak perlu nak risau, tak perlu nak buat spotcheck selalu. Pasangan kita pun senang hati dengan sikap kita. Tak gitu ke tuan-tuan dan puan-puan?


Apa-apa pun, tu semua hanya pendapat aku je. Entry ni tak ada kena mengena dengan sesiapa pun. Terpulang lah kepada korang cemana nak handle hubungan tu. Kalau tak setuju or menyinggung perasaan korang, aku minta maaf ye. Salam wbt..