Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Gelagat Remaja Bercinta

Monday, August 22, 2011
Woot woot ! Tetiba rasa susah nak tidur. Tak tahu kenapa. Pejam celik guling kiri kanan pun tak lena-lena. Okay, maksudnya kena bangun buat sesuatu yg berfaedah sampai tertidur. Buang tebiat lah pulak aku tulis entry tengah-tengah malam membuta. Tapi, time-time macam ni berukband laju. So, apa cerrr yg best malam ni shaffy?


Korang mesti pernah dengar term, bercinta lepas kahwin?

Macam mana ek? Best ke? Takut la dapat pasangan yg takde chemistry. Tapi kalau dapat yg sweet mesti best kan?

Hurmm. aku pun baru 21 tahun. Tak pernah rasa kahwin. Pengalaman tak ada. Tak layak nak bg nasihat. Tapi boleh kan nak share pendapat ?

Lepas tengok cerita Nora Elena, Adamaya..rasa best wooo bercinta lepas kahwin. Pengaruh drama semua tu. HAHA.

Tapi aku ambil status sorang makhluk Allah tue kat facebook. Tak berapa ingat sape. Dia cakap :

"Bercinta tu ibarat berpuasa, kita tak boleh berbuka sebelum tiba WAKTUNYA." 


Credit ke atas penaik status tersebut. Betul-betul tersentap hati aku.

Sebenarnya impian aku ialah, aku teringin nak bercinta lepas kahwin. Macam cinderella yang mengimpikan untuk mengahwini prince charmingnya. sedangkan dia tak tahu sape prince charming tu. Aisehh, fairy tale pulak..

Bagi aku, bercinta tu tak semestinya berpegangan tangan, berdating 24 jam, declare tarikh couple, bersayang-abang setiap masa. EUWW !

Masa berubah, maka manusia pun akan berubah seiring dengan peredaran usia. Patut lah pakcik makcik yang
dah tua tak romantik-romantik. Rupa-rupanya mereka ada cara tersendiri menunjukkan rasa sayang. Cukup lah jika masing-masing menunaikan tanggungjawab sebagai suami isteri dan tak pernah abaikan antara satu sama lain masa senang dan susah. Gelak sama-sama. Sedih sama-sama. Gaduh sama-sama. Pujuk sama-sama. Lepas tu, kenang balik gelagat masing-masing masa tengah gaduh. Kan sweet? Baru syok ! Tade la boring sangat kalau hari-hari nak romantik je.

Cakap pasal bercinta, macam-macam gelagat aku tengok remaja zaman sekarang. Berdasarkan pengalaman aku sendiri pun ada. Macam BUDAK-BUDAK. (Muhasabah diri untuk aku jugak.) HAHA.

1. It's okay kalau korang suka sama suka. Allah SWT memang dah cipta perasaan tu dalam diri setiap manusia. Dah lumrah alam, kaum hawa diciptakan untuk melengkapi hidup kaum Adam. Kalau dah suka, masuk lah meminang si gadis tu. Buat apa tunggu lama-lama. Kalau belum mampu, sekurang-kurangnya beritahu lah mak dan ayah perempuan tu yang korang (kaum Adam) berhasrat nak meminang anak dia tu bila dah mampu. Baru gentlemen !

2. Dah la tak kenalkan diri kita kat family si gadis tu, lepas tu bawak pulak anak dara orang ke hulur hilir. Kalau jadi apa-apa, sape nak tanggung? Datang la rumah. Cakap dengan mak dan ayah dia yg kita nak bawa dia keluar sekejap. Apa-apa jadi kita sedia tanggung. Anak orang okay, bukan anak kucing !

3. Baru berapa lama kenal, nak declare couple pulak. Tarikh mau cantik punya ! Lepas couple, nak pegang sana, pegang sini, pegang sinun. Hey, halal ke kita nak pegang-pegang tu? Bukan lelaki je, perempuan pun sama. Tak terasa ke nak bagi surprise kat bakal suami korang lepas kahwin? Yang lelaki pulak, korang ingat dengan tindakan macam tu korang boleh "COP" siap-siap dia jadi hak korang. Kan bagus kalau korang ikat dengan tali pertunangan dan bukan dengan nafsu semata-mata. InsyaAllah, kalau dah jodoh tak kemana. Jangan ragu-ragu pada jodoh yg ditentukan Allah SWT.


Sesungguhnya Allah SWT pernah berfirman, " Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik." (surah an-Nur', ayat 26)

Tapi janganlah pulak kita tiba-tiba berubah semata-mata nak dapat jodoh yang baik, biarlah nawaitu tu datang atas kerelaan kita sendiri untuk beriman kepadaNya. Semoga kita dikurnia jodoh yang baik di dunia dan akhirat. Aminnn ~


4. Couple nak semua sweet je. "Abang tak sabar nak jumpa ayang, nak tengok puas-puas muka ayang yang comel tu. ♥ " PERGHH ! Ayat jiwang sehh, berbunga-bunga, berkias-kias. Romantik giler ahh. Korang tak geli ke dengar? Ke seronok kena puji? Sekali-sekala tu cuba gaduh-gaduh manja, mesti lagi sweettt ~ Lain lah kalau korang dah kahwin, nak romantik cemana pun takde sape halang.

5. Dah la belum kahwin, suka-suka hati pulak nak aturcarakan hidup pasangan korang. "Ini kena buat, itu tak boleh buat, selama 12 bulan setahun, 7 hari seminggu, 24 jam sehari, 60 saat seminit. Ingat pasangan korang tu patung ke nak ikut je kehendak korang setiap masa, duty report setiap saat, sampai takde kebebasan nak buat keputusan sendiri, takde ruang nak bernafas. Mengalahkan orang dah kahwin. RIMAS OKAY ! Tolong la bagi kebebasan sikit kat pasangan korang untuk buat apa yg dia nak, lagi pun dia masih ada keluarga. Takkan nak patuh cakap korang je kot.

6. Sejak-sejak dah couple, sensitif memanjang. Memanglah kita takde keja lain nak dibuat selain jaga hati pasangan yang terlalu emotional tue. Tatang bagai minyak yg penuh, dodoi macam baby. Dah nama pun manusia bukannya always perfect, berhati-hati camne pun tetap akan buat silap. Ini, salah cakap sikit mula nak touching lebih, terlupa kejap anggap diri sendiri macam tak penting, tak buat apa yg dia nak, merajuk tak tentu pasal. Kesian..terlalu gilakan perhatian. GUYS, jangan merajuk okay. Serius tak macho ! MANJA ~

7. Dulu masa takde kekasih, kawan lah yg selalu ada disisi kita saat kita senang dan susah. Sekarang bila dah ada kekasih, takkan nak buang kawan pulak. Agak-agak lah, takkan sampai takde masa nak spend untuk kawan-kawan. Sekali-sekala nak jugak buat hari bujang. Ni asyik mengadap muka kekasih tiap-tiap hari, BOSAN lah !

8.Sukanya tayang kat semua orang yang kita tengah hangat bercinta. Hello, ingat kita ni artis ke nak tunjuk romantik-romantik depan orang ramai? Tak tahu malu ke? Macam kita je yg ada pasangan kat dunia ni. Bergaduh pun nak tayang kat facebook? Adoyai ! Tak perlulah nak hebohkan kat dunia pasal hal-hal peribadi kita, malu lah.. Sedangkan hal-hal rumahtangga pun perlu dirahsiakan, inikan hal bercinta. Tahu tak sebenarnya orang MENYAMPAH giler tengok gelagat kita yg konon romantik sangat tuh. Kalau ye pun nak beraksi depan orang ramai, cuba la gaduh-gaduh manja sekali sekala. Baru orang geli hati tengok gelagat kita.

9. CEMBURU. Ini yang aku paling benci skali kalau bercinta. Memanglah cemburu tu tanda sayang. Tapi berpada-pada la kalau nak cemburu pun. Janganlah nak melampau-lampau pulak sampai tak boleh nak bersosial. Bersosial tu sebenarnya penting untuk kita meluaskan jaringan baru lah hidup boleh maju ke depan. Asalkan tak melepasi batasan sudah lah. Kepercayaan tue penting dalam setiap hubungan. Kalau kita percaya kat pasangan kita, InsyaAllah hidup lebih tenang, tak perlu nak risau, tak perlu nak buat spotcheck selalu. Pasangan kita pun senang hati dengan sikap kita. Tak gitu ke tuan-tuan dan puan-puan?


Apa-apa pun, tu semua hanya pendapat aku je. Entry ni tak ada kena mengena dengan sesiapa pun. Terpulang lah kepada korang cemana nak handle hubungan tu. Kalau tak setuju or menyinggung perasaan korang, aku minta maaf ye. Salam wbt..

Sape ada kucing comel untuk aku bela?

Wednesday, August 17, 2011
Salam peeps ! Hari ni cuti Nuzul Al-Quran. Aku tak keluar pun sebab nak spend time di rumah. Ingat nak basuh moto yang suci dalam debu tue dan tolong mak masak. Entah la, sejak bulan puasa ni makin minat pulak aku nak belajar masak. Hmm, mungkin Allah swt dah sampaikan seru untuk aku jadi seorang wanita yang sempurna kot. Semoga suatu hari nanti, aku menjadi seorang isteri pulak. Aminnnnnnnnn ~ Perempuan mana yang tak mahu melalui hari-hari bahagia beb, bagitahu aku ??

Plan-plan pun nak setat buat Report Practical hari ni. Tapi malas giler rasa ! Arrrrggh ! Tulis blog rajin plak. HAHA.

Eh dah lari topik ! Haa, back to our topic again.. Siapa kat luar sana tue yang ada bela kucing dan bermurah hati nak mengamanahkan kucing dia untuk aku bela? Contohnya, tuan kucing yang dah tak mampu nak bela kucing, mencari tuan untuk anak-anak kucing dia atau terjumpa kucing yang agak kurang bernasib baik di jalanan tapi COMEL !

Tolong maklumkan kat aku sebab aku memang minat kucing GILA-GILA ! Kadang-kadang aku akan cakap dengan diorang bila aku sedih dan sunyi, aku main-main bila bosan. Walaupun diorang tak faham bahasa aku tapi aku terasa macam diorang memahami aku. Memang aku layan macam baby lah. Even kucing tepi jalan pun pantang tengok, semua nampak comel. 


Kat taman rumah aku ni dah 2-3 kali kucing liar lalu lintas depan rumah aku, memang saje je nak goda aku kan, haishh GERAM ! Tolong ye tuan-tuan dan puan-puan.



OH YAA...SELAMAT MENYAMBUT HARI NUZUL AL-QURAN..
HARI DIMANA KITAB SUCI AL-QURAN DITURUNKAN.
OLEH ITU, HAYATILAH MAKSUDNYA DENGAN LEBIH MENDALAM
SEBAGAI PANDUAN HIDUP SEORANG MUSLIM YANG SEJATI :)

Checklist persiapan hari raya aku

Monday, August 15, 2011
Hye semua ! Sedar tak sedar dah SETENGAH BULAN Ramadhan kan sekarang ni. Cepat je masa berjalan. Rasa macam baru semalam first day puasa. Eh sebelum tue nak tanya korang, amacam puasa ? Letih ke tak ? Bagi aku, lepas setengah bulan puasa sepatutnya sistem dalam badan kita dah terbiasa. Takde lah rasa letih macam first day puasa. Yang penting, SENTIASA BERSAHUR kay !

Bulan Ramadhan tahun ni tak macam bulan Ramadhan tahun lepas. Kalau tahun lepas, baru awal Ramadhan je aku dah buat persiapan nak raya. Tahun ni, baru 20% preparation setakat ini. Busy dengan keja ni haa, event itu lah event ini lah. Walau aper pun, kerja tetap kerja. Hmmm..~

Rasa macam nak buat checklist persiapan raya lah.

BAJU RAYA
Idea warna tema tahun ni - DONE
Tempahan baju - CANCELLED
Beli baju pasang siap - ON HOLD

KUIH RAYA
Tempahan kuih kegemaran - DONE
Tempahan kuih tradisional - SERAH KAT MAK
Perancangan buat kuih raya sendiri - ON HOLD

MERCUN DAN BUNGA API
Dah lama tak beli sebab asyik main orang punya mercun.
Tahun ni rasa macam nak beli - ON HOLD
Ada supplier tak ?

OPENHOUSE
Macam tahun-tahun lepas jugak, 
aku selalu masak something untuk kawan-kawan aku yang datang rumah.
Tahun ni nak masak aper ? - ON HOLD
Jemputan ? Tiap tahun mesti orang yang sama, yang lain pun dijemput. - DONE

KECANTIKAN DAN HIASAN RUMAH
Selalunya prepare at least a week sebelum raya.
Tahun ni tak tahu nak deco aper sebab rasa macam tiap-tiap tahun sama je. - ON HOLD

KEWANGAN
InsyaAllah ada sikit-sikit nanti untuk buat belanja raya. - ON HOLD

JALAN-JALAN KUTIP DUIT RAYA (OPENHOUSE INVITATION)
Tunggu kawan-kawan jemput. - ON HOLD

TUKAR HEADER BLOG TEMA HARI RAYA
Mungkin 2-3 hari sebelum raya. - ON HOLD

APPLY CUTI HARI RAYA
Total 9 hari dapat cuti. - DONE !

SENARAI MINTA MAAF DI HARI RAYA
Spontaneous. - DONE

SENARAI NAMA ORANG BERTUAH UNTUK TERIMA UCAPAN RAYA
Semua yang terlibat dalam contacts phone aku. - DONE

TARGET PERSON PAU DUIT RAYA
Sudah dikenalpasti. - DONE


Must read this : Father and Son story

Thursday, August 4, 2011
Dad: I want you to marry a girl of my choice.
Son: No!
Dad: The girl is Bill Gates' daughter.
Son: Then okay.
...Dad goes to Bill Gates
Dad: I want your daughter to marry my son.
Bill Gates: No!
Dad: My son is the CEO of World Bank.
Bill Gates: Then okay.

Dad goes to the President of the World Bank.
Dad: Appoint my son as CEO.
President: No!
Dad: He is the son-in-law of Bill Gates.
President: Then okay.

6 Ciri Puasa yang Sempurna

Wednesday, August 3, 2011
Sejak-sejak Ramadhan ni, badan mula letih-letih. Balik keja je terus menerjunkan diri ke atas sofa nan empuk tue. Tangan pun meraba-raba remote televisyen. Dengan teknologi canggih sekarang ni, sekali tekan je, Pap ! tv dah on. Sekali keluar iklan Ustazah Siti Nur Bahyah kat TV3. Dia cakap lebih kurang macam ni :-

Puasa ni bukan sekadar tidak makan dan tidak minum tetapi berpuasa untuk menahan diri dari segala hawa nafsu yang berbisik kepada kita.

1) Menahan perut dari lapar dan dahaga bermula terbit fajar hingga terbenamnya matahari.
2) Membutakan mata dari melihat perkara yang boleh mengundang dosa.
3) Memekakkan telinga dari mendengar perkara-perkara yang bermaksud tidak baik. Cth: lirik lagu.
4) Mengawal mulut dari menuturkan perkataan-perkataan yang berbentuk kesat. Cth: mengumpat, menfitnah.
5) Menjaga kelakuan bagi mengelakkan perbuatan keji dan terlarang dalam Islam.

AKHIR SEKALI,

6) Hati ini mestilah ikhlas untuk menunaikan kewajipan berpuasa di Bulan Ramadhan kerana Allah s.w.t.


MUHASABAHKAN DIRI ANDA.
Adakah anda bersungguh-sungguh berpuasa kerana-Nya ? Atau terpaksa ?


p/s : Banyakkan bersabar dan elakkan diri daripada perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa anda. Renung-renungkan dan selamat beramal. Assalamualaikum. Illa li qhat !


Weekend at Homestay- Experience Malay Wedding

Tuesday, August 2, 2011
Hye peeps ! korang puasa tak hari ni ? PUASA ?? bagus ! Penat tak hari ni ? Biasa lah, dugaan berpuasa. Yang penting kat ofis aku ni kena sediakan bantal siap2. Time lunch semua pakat duk KROH...KROH...

Okay cerita aku hari ni pasal program WEEKEND AT HOMESTAY minggu lepas. Dah agak lama tapi baru nak update sebab banyak keja nak kena siapkan sebelum puasa. Program ni anjuran oleh Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Pulau Pinang, my office lah (^^,) selama 2hari 1malam dekat Homestay Sg. Setar, Nibong Tebal. Objektif program ni bertujuan mendedahkan Adat dan Tradisi Perkahwinan Melayu kepada pelancong asing. JOM USHA APA BEST ----------------------------------
                                                                                                                                             
Hari Pertama-23hb Julai 2011 <---------------------------------------------------------------------------




Ketibaan peserta KPL Penang dan Project Penang.


                                                       
 Macam tetamu kehormat aihh. haha.



Senyum terpaksa sebab panas.

Sarapan Pagi



Makan ke melantak ni?!

Pembahagian Peserta Kepada Rumah Keluarga Angkat Masing-masing



                                                           

                                                                 ni mak angkat kami :))

Pusing kampung dan Plant a Tree.

Geng Konvoi !

Sampai cekak pinggang Pengarah kita ye..

Tanam jangan tak tanam.

Kampung Remp-it.



Freestyle yaw ~

Kami dapat peluk kura-kura gergasi ! eh penyu.. macam labi-labi. tapi lebih kurang cam tuntung. mana satu ?

Malam Berinai dan Persiapan Majlis Bersanding.

mak mak kami masak sedap oo !



Aiyaa amoi manyak cantik wo...

Susah nak cari inai camni kat bandar sekarang.

3jari je jangan lebih-lebih ye abg rafis.

Hari Kedua-24hb Julai 2011

Rewang Pagi

Sedap nye pulut ubi kayu dengan ikan kering dengan 'nyok'.. nyum nyum ! 

Nasib baik kat rumah aku pernah ada benda ni, untung jugak dapat tunjukkan ketangkasan, haha. 



Pengantin pun turun padang, nak amek hati mak mertua ke? HIHI.

Ni ape ? Macam biskut inti 'cekelat' kanak-kanak je.

TARRAA ! ni la hasilnya. BUBUR WARISAN BONDA ! 
sangat menggiurkan, YUMMY !

Gusi anda sensitif pada kepanasan ? Gunalah teori cik Farah, 
MINUM KOPI PANAS MENGGUNAKAN STRAW !
Dijamin sejuk beku selalu !

Perarakan Keluarga Pengantin Lelaki diiringi dengan paluan Kompang.

Tak pernah rasa jalan sesopan macam ni, buang tebiat !


"Adik, jangan kacau mak tengah kompang ni."

WEDDING OF THE YEAR !

Ingat kipas free je ke, bayar la ! ahaha. Panas rasa cam nk kipas diri sendiri.


Di dalam hati wujudnya taman. Budak-budak praktikal PKPL PP.

Menjeling-jeling, bahagia ye cik pengantin ?





Sumpah kain aku ketat masa ni, makan nasi pun secedok buat cukup syarat je.
Arghh, rugi nye !

"Reti tak makan pakai tangan tu yang ? Kalau tak reti meh abang suapkan." ;P


Tarian Cuti-Cuti 1Malaysia.

Paathe Pathevaa..

Wajib selitkan aksi tuan punya belog kat sini ! HEHE..

Persembahan Silat.

Apa ingat aku perempuan tak kuat ka ? Haiiyaak !


Majlis Perpisahan

Adoii, emo pulak rasa..

Puan Rasyidah Penyelaras Homestay Sg. Setar.

Terima kasih kepada Che Piah sekeluarga ! 
Thank you !
Toche !
Syukran !
Arigato gozaimas !
Syukria !

Ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, di atas layanan dan kerjasama yg diberikan..

SUPER DUPER BEST !

p/s : Majlis ini hanyalah lakonan semata-mata, tidak ada kena mengena sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.


PUASA YANG-YOK PAGI PAGI BUKAK PERIUK !

Assalamualaikum kawan-kawan ! Sihat ? Dah makan ? HAHA.

Korang semua mesti pernah dengar ayat kat atas ni kan. Aper ? Tak pernah dengar ?? Adoii, pe korang ni.

Sedar tak sedar dah masuk bulan Ramadhan pun. Terasa cepat masa berlalu, macam baru semalam je aku berbuka puasa kat rumah sewa dengan serba kekurangan. Tahun ni, dapat juga aku berbuka dengan family.
Kalau tahun lepas, sahur makan MAGGI, berbuka pun kadang-kadang makan MAGGI. Almaklum lah bila poket dah nipis, dapur pun tak berasap. ehh, pernah ke dapur aku berasap ?? TETTT !

Bulan Ramadhan ni bulan yang mulia dimana pintu pengampunan akan terbuka luas buat kita, segala amalan yang kita lakukan banyak fadhilatnya. Sebab tue la aku dah berjanji pada diri aku yang aku TAKKAN sia-siakan manfaat bulan Ramadhan tahun ni. Ajal maut kita tak tahu, mungkin jugak ni Ramadhan terakhir buat aku. Ya Allah, kau ampunkan lah segala dosa yang telah aku lakukan, serta ampunkan lah dosa kedua ibu bapaku. Amin ya Robbal Alamin ~


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa Kawan-kawan !