Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Sape ada kucing comel untuk aku bela?

Wednesday, August 17, 2011
Salam peeps ! Hari ni cuti Nuzul Al-Quran. Aku tak keluar pun sebab nak spend time di rumah. Ingat nak basuh moto yang suci dalam debu tue dan tolong mak masak. Entah la, sejak bulan puasa ni makin minat pulak aku nak belajar masak. Hmm, mungkin Allah swt dah sampaikan seru untuk aku jadi seorang wanita yang sempurna kot. Semoga suatu hari nanti, aku menjadi seorang isteri pulak. Aminnnnnnnnn ~ Perempuan mana yang tak mahu melalui hari-hari bahagia beb, bagitahu aku ??

Plan-plan pun nak setat buat Report Practical hari ni. Tapi malas giler rasa ! Arrrrggh ! Tulis blog rajin plak. HAHA.

Eh dah lari topik ! Haa, back to our topic again.. Siapa kat luar sana tue yang ada bela kucing dan bermurah hati nak mengamanahkan kucing dia untuk aku bela? Contohnya, tuan kucing yang dah tak mampu nak bela kucing, mencari tuan untuk anak-anak kucing dia atau terjumpa kucing yang agak kurang bernasib baik di jalanan tapi COMEL !

Tolong maklumkan kat aku sebab aku memang minat kucing GILA-GILA ! Kadang-kadang aku akan cakap dengan diorang bila aku sedih dan sunyi, aku main-main bila bosan. Walaupun diorang tak faham bahasa aku tapi aku terasa macam diorang memahami aku. Memang aku layan macam baby lah. Even kucing tepi jalan pun pantang tengok, semua nampak comel. 


Kat taman rumah aku ni dah 2-3 kali kucing liar lalu lintas depan rumah aku, memang saje je nak goda aku kan, haishh GERAM ! Tolong ye tuan-tuan dan puan-puan.



OH YAA...SELAMAT MENYAMBUT HARI NUZUL AL-QURAN..
HARI DIMANA KITAB SUCI AL-QURAN DITURUNKAN.
OLEH ITU, HAYATILAH MAKSUDNYA DENGAN LEBIH MENDALAM
SEBAGAI PANDUAN HIDUP SEORANG MUSLIM YANG SEJATI :)

0 komen membina:

Post a Comment