Puasa ni bukan sekadar tidak makan dan tidak minum tetapi berpuasa untuk menahan diri dari segala hawa nafsu yang berbisik kepada kita.
1) Menahan perut dari lapar dan dahaga bermula terbit fajar hingga terbenamnya matahari.
2) Membutakan mata dari melihat perkara yang boleh mengundang dosa.
3) Memekakkan telinga dari mendengar perkara-perkara yang bermaksud tidak baik. Cth: lirik lagu.
4) Mengawal mulut dari menuturkan perkataan-perkataan yang berbentuk kesat. Cth: mengumpat, menfitnah.
5) Menjaga kelakuan bagi mengelakkan perbuatan keji dan terlarang dalam Islam.
AKHIR SEKALI,
6) Hati ini mestilah ikhlas untuk menunaikan kewajipan berpuasa di Bulan Ramadhan kerana Allah s.w.t.
MUHASABAHKAN DIRI ANDA.
Adakah anda bersungguh-sungguh berpuasa kerana-Nya ? Atau terpaksa ?
p/s : Banyakkan bersabar dan elakkan diri daripada perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa anda. Renung-renungkan dan selamat beramal. Assalamualaikum. Illa li qhat !
0 komen membina:
Post a Comment