Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Puisi buat Ayah-Sempena Hari Bapa.

Thursday, June 16, 2011
Ayah

Seronok rasanya hidup didunia
Kelihatan anak-anak bersama bapanya
Bermain, berlari dan bercerita
Soal rahsia hati dan perasaan mereka
Terserlah bagai keluarga bahagia

Dah lama rasanya kita tak jumpa
Bersua muka bergurau senda
9 tahun memendam rasa
Menyimpan rindu yang kian meronta
Sekadar ditemani linangan airmata

Teringat dulu waktu bersama
Dikala engkau masih berada
Menabur budi memberi jasa
Walaupun anakmu telah berdosa
Tidak mensyukuri nikmat yang dikurnia

Maafkan anakmu kerana tidak setia
Menjenguk menemanimu sepanjang masa
Bukan berniat melupa buat selamanya
Tetapi takut akan perasaan hiba
Melihatmu di alam sana
  
Andai diberi peluang kedua
Ingin ku pinta kelahiran semula
Menatap wajahmu penuh bermakna
Kehadiran dirimu takkan ku sia
Permata berharga kaulah ayah tercinta


Selamat Hari Bapa.
Hargailah ibu bapa anda selagi mereka masih ada.


By Shaffy Ar-Rahim



Perihal aku by Shaffy Ar-Rahim.

Tetiba rasa nak muhasabah diri pulak.

Bila merenung ke luar tingkap, rasa indahnya dunia penuh fana ini.
Subhanallah, hebat ciptaan agung ini. kan?
Melihatkan langit dan daratan, bulan dan matahari, malam dan siang.
Saling berpasangan dan saling melengkapi.
Kadang-kadang kita rasa diri kita hebat, tapi sebenarnya kita ni kerdil sangat.
Kadang-kadang kita rasa sihat dan kuat, namun semuanya hanyalah pinjaman semata-mata.



Aku ini orangnya biasa,
punya hati dan perasaan yang adakalanya berbeza.
Bila gembira aku tersenyum,
Bila sedih aku memendam,
Bila hiba aku bergenang,
Bila marah aku terdiam.
Tapi, aku faham erti kehidupan.

Aku ini orangnya kerdil,
selalu diperkecil dalam gurau dalam nyata.
kerdil fizikal,
kerdil fikiran,
kerdil kemahiran,
kerdil segalanya-galanya.
Namun, Tuhan tahu apa yang terbaik buatku.

Aku ini tak punya apa-apa,
tak punya harta berjuta-juta,
tak punya rupa seindah purnama,
tak punya bakat untuk dibangga,
Segalanya hanya pada usaha dan doa,
Agar aku dikurnia kehidupan abadi kearah jalan syurgaNya.




MUET AKU BEN 10 !

Tuesday, June 14, 2011
YAY!
 MUET ! MUET ! MUET ! 
I LOVE MUET !

Sekali lagi syukur Alhamdulillah..
Tetiba aku rasa suka giler dgn MUET !

Okay lah, straight to the point.

Puas hati lah, sbb aku dapat achieved BAND # for my first MUET. At least tak payah nak repeat-repeat MUET dah lepas ni. Tapi, tak lah sehebat my big bro yg dapat band6 dulu..

Thanks to all lecturers yg pernah ajar aku sebelum ni, your lessons are so BENEFICIAL to me, semoga Allah S.W.T memberi rezeki yang mencurah-curah buat pendidik-pendidik berjasa ini :) Amin~