Artis nasyid ni BEST tapi kenapa tak famous?

Wednesday, November 23, 2011
Salam wbt
Hye hye semua!
Demam menang bola masih terasa,
tahniah Malaysia!

Elelelelelele laaaaa Ooooooo!
Elelelelelele laaaaa Ooooooo!
Harimau Malaya!

Malam ni rasa nak layan U-TIUP je..
tak boleh nak tidor, hidung tersumbat..
alahaiii......~

Sambil-sambil carik lagu,
aku terjumpa pulak video sorang mamat ni.
Dia banyak buat cover lagu orang.
Melayu, Omputeh, Indon dan Arab pun.

FULAMAKK...
Suara dia awesome!
Ala-ala mendayu-dayu gitu.
First time dengar camtu-camtu je,
lepas dah habis lagu rasa macam nak play balik pulak.
Terus aku rasa nak layan video-video yang lain.

Kalau kat Malaysia ni kita ada ramai artis U-TIUP perempuan.
Bermula dengan Yuna, diikuti dengan Ana Raffali,
diteruskan oleh budak facebook Najwa Latif kita yang kecik molek.
Dengar-dengar ramai pulak yang minat Ainan Tasneem.
Tapi nampaknya minah ni low-profile sikit.
Tak berminat jadi artis khabarnya..

Haa meh aku nak introduce kat dia ni pulak,
nama dia Asyraf Yaacob.
Korang jangan cakap banyak, dengar dulu okay!




Haa best kan?
Pada yang cakap tak best tu, better g korek telinga korang dulu.
Ahaks!
First impression bila tengok dia ni,
rasanya dia pernah or tengah join group nasyid.
Rupa-rupanya dia ni memang artis nasyid!
Memang sesuai lah dengan perwatakan dia.
Orangnya pun nampak baik dan soleh.
Kalau niatnya nak berdakwah, Alhamdulillah..
Itulah sifat yang dicari-cari.
Tapi kenapa aku tak pernah dengar suara dia kat radio?
Ke aku yang jarang layan radio?
Ishhh tak mungkin!

Happy listening!


Sebutan Arab ada gak yang terkantoi, tapi suara tetap mantap.
Sesuai untuk genre ballad.



Pedulikan video tu, dengar suara je okay!
Orang ni tak pandai rakam agaknya.
Walau pun versi Imran Ajmain lagi best, tapi dia nyanyi pun boleh tahan jugak.



Entah studio or karaoke mana lah dia ni pegi,
layan je la okay!



Ni pulak lagu favourite aku!
Just nice dia nyanyi :)
Ada bunyi-bunyi nasyid sikit.
HAHA.



Ni lagu patah hati yang terhebat abad ini.
Versi dia dan kawan-kawannya.
Group nasyid dia jugak aku rasa.
Tapi aku TABIK sebab diorang nyanyi dengan style tersendiri.
Well done Guys!

p/s : Aku rasa diorang ni pun kaki karaoke jugak, HAHAHA



HAAAA lagu ni special case sikit,
setahun sekali je baru ada.
Lagu raya sedih beb!
Waaaa...nanges!

That's all yang aku nak tunjuk.
Lain-lain lagu korang dengar sendiri la kt U-TIUP okay.
Search Asyraf Yaacob.

Thank you!

Buat Asyraf, kau takde baju lain ke nak pakai selain baju melayu maroon tu?
HAHAHA
Sorry ye aku buat story pasal kau sesuka hati,
just wanna share your awesome voice.
(^^,)


0 komen membina:

Post a Comment