Assalamualaikum,
Saya
terpanggil untuk membuat ulasan mengenai artikel ‘Balkanisasi Siber: Gangguan
kepada 1Malaysia’ di laman suaramurba.blogspot.com. Artikel tersebut begitu
memberangsangkan hingga membuat saya termenung seketika sambil berfikir situasi
media baru yang melanda negara kita.
Terbabit
dalam arus permodenan dan globalisasi, Malaysia juga tidak terkecuali dalam
pembangunan teknologi terutamanya ‘media siber’. Begitu juga pengguna media dan
penonton yang semakin hari semakin taksub dengan dunia siber yang tiada hadnya
khususnya bagi golongan remaja dan belia.
Penulis
Dr. Rahmat Ghazali menerangkan dengan jelas maksud ‘balkanisasi’ yang mungkin kurang diketahui dalam kalangan masyarakat kita. Secara
ringkasnya, ianya bermaksud pengasingan yang berlaku dalam sesebuah kelompok
masyarakat disebabkan oleh pengaruh media siber yang berleluasa.
Ada
benarnya setiap yang dicoretkan oleh penulis. Saya teringat akan satu ayat yang
dapat menggambarkan kesan media siber terhadap masyarakat iaitu, media
menjauhkan yang dekat, dan mendekatkan yang jauh. Interpretasinya adalah, media
siber membuatkan kita mengendahkan orang disekeliling kita kerana leka melayan rakan-rakan jauh yang wujud di alam maya.
Ternyata,
laman sosial membuatkan anak-anak leka berinteraksi dengan rakan alam maya
tatkala berada di meja makan bersama keluarga. Malah, dimanakah kualiti masa
yang diluangkan apabila telefon pintar sentiasa di genggaman ketika kita sedang
bercuti? Hal ini boleh dikaitkan dengan ‘Media Dependency Theory’ oleh Sandra
Ball-Rokeach and Melvin Defleur pada 1976.
“The more a person depends on media to
meet needs, the more important media will be in a person's life, and therefore
the more effects media will have on a person.” (Ball-Rokeach, Defleur, 1976).
Media Dependency Theory
atau Teori Kebergantungan Media lazimnya menggambarkan keadaan yang berlaku
sekarang dimana masyarakat semakin dingin diantara kelompok berlainan etnik kerana konsep
balkanisasi. Dalam kebanyakan laman sosial Facebook yang dilihat, pengguna
hanya berinteraksi dengan pengguna lain yang bersamaan kaum atau etnik.
Segala maklumat berada di
hujung jari. Apa sahaja yang diinginkan akan dimakbulkan dengan adanya
pencarian pantas di Internet. Skop pencarian juga semakin kecil dan pelbagai
kumpulan bersosial yang kian spesifik juga tumbuh bagaikan cendawan selepas
hujan. Jika dilihat dari sudut positif, ianya memang mendatangkan kebaikan
kerana perkongsian dan perbualan adalah bersifat peribadi. Tetapi, jangan sampai wujudnya semangat ‘Asabiyah’ diantara kaum.
Pelbagai lagi persoalan
Balkanisasi yang boleh dirungkai dan dikaitkan dengan Teori Kebergantungan
Media dan kesan terhadap penyatuan semangat 1Malaysia. Pendekatan masyarakat terhadap telefon pintar beserta media siber semakin
menjadi-jadi sehingga membawa kepada ketagihan. Bahkan, konsep Balkanisasi
pula semakin meruncing di Malaysia dan boleh membawa kepada perpecahan
masyarakat.
0 komen membina:
Post a Comment