Sejajar dengan pembangunan teknologi
yang semakin pesat masa kini, Malaysia sebagai sebuah negara membangun tidak
terlepas dari menerima tempiasnya. Malah, golongan muda khususnya sangat terpengaruh
dengan peranti mudah alih dan gajet-gajet yang berteknologi tinggi.
Lebih 100 juta telefon
pintar dijual di rantau Asia Pasifik setiap tahun dan jumlahnya dijangka meningkat
sehingga dua kali ganda dalam tempoh lima tahun akan datang. Teknologi pada
perantinya dilihat semakin canggih dar masa ke semasa. Malah, pelbagai syarikat
pengeluar telefon bimbit seakan berlumba-lumba mengeluarkan peranti canggih di
pasaran.
Jika
pada tahun 90an dahulu, telefon bimbit mula diperkenalkan dan hanya boleh
dimiliki oleh golongan yang berkemampuan. Kini, golongan remaja mampu memiliki
sekurang-kurangnya sebuah telefon pintar bahkan kanak-kanak juga lebih mahir
menggunakan telefon pintar berbanding ibu bapanya sendiri.
Bahana
yang dikesan berpunca dari ketagihan telefon pintar juga semakin meluas.
Bermula dari laman sosial yang dapat diakses melalui telefon pintar, golongan
muda sudah mula terdorong untuk bersosial di alam maya tetapi dalam masa yang
sama menjadi anti-sosial dengan masyarakat sekeliling.
Maka,
wujudnya jurang perbezaan diantara golongan muda dan warga tua yang kurang mahir
akan teknologi masa kini disebabkan oleh taraf pemikiran yang berbeza. Kualiti
masa yang diluangkan bersama keluarga semakin berkurang dek kerana telefon
pintar yang mempunyai akses internet setiap masa dan pelbagai lagi aplikasi
canggih disertakan.
Pelbagai
kes telah dilaporkan melibatkan ketagihan pada telefon pintar sehingga ada yang
mengalami kemurungan dan ada yang sanggup membunuh jika tidak mendapatkannya. Malah,
runtuhnya sebuah rumahtangga dan organisasi kekeluargaan juga disebabkan
telefon pintar.
Justeru
itu, gejala ini harus dibendung secepat mungkin kerana jelas, telefon pintar
membawa seribu padah sekiranya tiada kesedaran dalam diri setiap pengguna. Kita
tidak harus membiarkan masyarakat kita terlalu taksub dengan peranti canggih
yang dikeluarkan negara luar kerana dikhuatiri akan merosakkan moral dan
pemikiran sesebuah masyarakat.
0 komen membina:
Post a Comment