Tragedi MH370 yang melanda negara pada 8 Mac 2014 memberi impak yang sangat kuat terhadap emosi masyarakat dunia dan setempat. Mana tidaknya, sebuah pesawat besar yang membawa 239 orang penumpang dan anak kapal hilang begitu sahaja sejurus selepas sejam ianya berlepas. Segala usaha mencari dilakukan bersama 25 negara terlibat menemui jalan buntu.
Merujuk
kepada artikel dari Mingguan Malaysia 6 April 2014 bertajuk ‘CIA dan Teori
Konspirasi Hilangnya MH370’, saya tidak menolak kemungkinan wujudnya konspirasi
disebalik insiden ini yang didalangi oleh kuasa-kuasa besar. Jika difikirkan logik
akal, benar juga apa yang diwar-warkan oleh masyarakat luar bahawa Amerika
Syarikat (AS) mendalangi peristiwa ini selepas keruntuhan Pusat Dagangan Dunia
pada 11 September 2001.
Sudah
lama kita berdiam diri, mungkin sudah tiba masanya untuk kita berfikir di luar
pemikiran yang biasa. Acap kali teori konspirasi ini terlintas di fikiran
tetapi kita masih berfikiran positif untuk menyedapkan hati masing-masing. Namun,
selama mana harus kita berfikiran sempit sedangkan dunia sudah mula menerima
teori konspirasi ini.
Malaysia
mempunyai hubungan diplomatik yang sangat rapat dengan China. China pula
dicemburui oleh AS kerana pembangunan ekonomi yang sangat pesat. Apakah AS
mempunyai agenda tersembunyi dalam memusnahkan hubungan baik Malaysia-China?
Apakah motif wartawan Perancis bertanya soalan pelik pada Hishamuddin ketika persidangan
media MH370 sedang berlangsung?
Bagaimana
pula dengan wartawan asing yang sengaja memburukkan-burukkan Malaysia di mata
masyarakat China kononnya Malaysia mengambil mudah dalam menyampaikan maklumat
terkini dan menyembunyi fakta sebenar MH370? Saya yakin bahawa media asing
mempunyai agenda tersembunyi yakni dikaitkan dengan ‘Agenda Setting Theory’.
Tidak
tercapai dek logik akal untuk kita fikirkan bagaimana hilangnya pesawat tersebut melainkan semuanya telah dirancang
dari awal dan melibatkan kepakaran individu tertentu serta kuasa-kuasa besar.
Kesimpulannya, tiada apa yang mustahil di dunia ini, jika ini yang
dikehendakkan Allah swt ‘Kun Faya Kun’, maka ianya akan terjadi dengan cara apa
sekalipun. Adakalanya, kita perlu berhenti menjadi lurus dan harus mempunyai
sikap curiga bagi mengelakkan kita diperbodohkan oleh kuasa asing.