Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Awesome First Semester!

Tuesday, August 14, 2012

Testing testing......haa boleh pun. HIHI

Assalamualaikum wbt..


Mak aii lama gila aku tak sapu segala habuk dan sawang-sawang dalam blog nih. Dah 5 bulan kot ! Dah kekok rasanya nak merapu meraban kat sini. Agak-agak ada reader yang RINDU aku tak? HAHA. (stop jadi perasan la peah...)

Dalam masa 5 bulan ni lah aku sibuk bergelut dengan kelas, kuiz, final exam dan suka duka sebagai student perantauan. Alhamdulillah aku dah berjaya tempuh 1 semester yang menjadi permulaan kehidupanku sebagai pelajar ijazah sarjana muda. Nak cerita tapi taktau nak setat dari mana. Haishhhhhhh ~

Panjang ceritanya.................................Okay pendekkan !

1. Graduasi Diploma Pengurusan Pelancongan (14/5/2012)


Excited gila dapat pegang kulit transkrip. Padahal transkripnya tak dapat lagi. 


Kami berjiran! Sebab ikut turutan nama "S". Kan cik kiah??


Yang ni sedih sikit. Tumpang kasih mak orang. Huhuhuhu. 
Terima kasih Bob, bagi pinjam mak hang sat. Family aku tak mai..


Graduan Diploma (hehe..diploma je) dari Kolej Bersekutu UITM di Istiadat Konvekesyen UITM ke-76.

 

Balas dendam, 3 tahun simpan hasrat nak baling topi ekor kuda ni. 
Jyeahhhhhhhhhhhhh!!!!!!


2. Aku budak junior? Ada aku kesah !

Mulanya kuliah aku sebagai budak Part 1 Journalism, junior bagi segala junior kat fakulti Masscom ni. HEHE. Tapi nak buat macam mana, nak menuntut ilmu memang adakalanya kena bertatih dulu. Walau setakat mana pun ilmu di dada, kita sebagai manusia tak boleh riak dan sombong, sebab Allah swt tak pandang kita dengan darjat.

So, ya aku junior, so what !! HAHA

SAYA SAYANG MEREKA-MEREKA INI.



WE ARE FUTURE MASSCOMERS AND WE ARE READY TO ROCK THE WORLD !!


3. Final Exam ! Crucial Time

Study? Huh! Malas. Aku kaki tidur, kaki plagiarise assignment, kaki to*** waktu test (sharing is caring, haha..).

TAPI, bila sampai waktu final exam, aku dah jadi orang yang paling "NERDY" sekali. HAHA. Sebab aku dah janji kat mak aku nak belajar sungguh-sungguh. Tambah-tambah bila dah sampai tahap degree ni, subjek makin tough dan aku pulak baru nak sesuaikan diri dalam bidang Masscom sebab aku dah selesa dalam bidang Tourism sebelum ni.

That's why aku tetiba jadi budak library kejap. Mereka-mereka ni la yang jadi mangsa aku. HAHA. Sorry guys !


Sambil study sambil dating. 


Tekanan aku tengok dia ni, gigih sangat. HIHI


Makcik ni lagi gigih study, POK PEK je kejanya. HAHA

Alhamdulillah..dengan berkat doa ibu bapa dan usaha yang gigih, kami semua telah dikurniakan result final exam yang agak cemerlang dan membanggakan. Tahniah semua !

LOOKING FORWARD FOR FIRST CLASS HONOUR DEGREE ! 

Amin ya robbal alamin.........

1 komen membina:

  1. faa.rosli said...:

    haiiii..gambar last tu kontreversi tu...

Post a Comment