TERIMA KASIH MAK

Wednesday, March 21, 2012
Salam you all..
Dah berbulan dah peram belog ni lama-lama.
Terlalu sibuk dengan urusan sambung belajar aku.

Finally, I was offered to further my study in BACHELOR OF MASS COMMUNICATION (HONOURS) JOURNALISM. Atau dalam bahasa melayu, Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media (Kepujian) Kewartawanan.



Alhamdulillah, setelah bersusah payah pergi interview, diterima masuk, pindah ke rumah sewa, sekarang dah 3 minggu aku dekat Shah Alam ni. Nasib baik tak susah sangat untuk aku sesuaikan diri dengan persekitaran kat sini. Malah, aku makin seronok dengan kawan-kawan baru, rumah baru, kelas baru dan kereta baru aku. Alhamdulillah, rezeki sambung belajar. *wink wink

Mula-mula plan nak bawak skuter ICON aku datang Shah Alam ni. Siap dah servis dan beli helmet baru lagi. Tapi memandangkan mak aku risau dengan keselamatan aku kat sini dan atas beberapa faktor lagi, aku buat keputusan untuk beli kereta baru. Sekarang dah dapat "baby" baru aku. HEHE. Dengan duit tambahan dari mak campur duit aku untuk bayar bulanan kereta, cukup lah untuk tampung hidup aku kat Shah Alam buat masa ni.

Mak, walaupun Peah tak cakap apa-apa, tapi sebenarnya Peah nak cakap:

TERIMA KASIH MAK SEBAB BANYAK BAGI SOKONGAN KAT PEAH UNTUK SAMBUNG BELAJAR. PEAH JANJI AKAN BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN PEAH MINTA MAAF KERANA MENYUSAHKAN MAK. PEAH SAYANG MAK.

Walaupun aku banyak menyusahkan ahli keluarga, akan aku buktikan suatu hari nanti yang pengorbanan mereka tak sia-sia. One day, I'll be SOMEBODY they will proud of.

0 komen membina:

Post a Comment