Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Teori Konspirasi MH370

Tuesday, April 29, 2014
            

Tragedi MH370 yang melanda negara pada 8 Mac 2014 memberi impak yang sangat kuat terhadap emosi masyarakat dunia dan setempat. Mana tidaknya, sebuah pesawat besar yang membawa 239 orang penumpang dan anak kapal hilang begitu sahaja sejurus selepas sejam ianya berlepas. Segala usaha mencari dilakukan bersama 25 negara terlibat menemui jalan buntu.
            Merujuk kepada artikel dari Mingguan Malaysia 6 April 2014 bertajuk ‘CIA dan Teori Konspirasi Hilangnya MH370’, saya tidak menolak kemungkinan wujudnya konspirasi disebalik insiden ini yang didalangi oleh kuasa-kuasa besar. Jika difikirkan logik akal, benar juga apa yang diwar-warkan oleh masyarakat luar bahawa Amerika Syarikat (AS) mendalangi peristiwa ini selepas keruntuhan Pusat Dagangan Dunia pada 11 September 2001.
            Sudah lama kita berdiam diri, mungkin sudah tiba masanya untuk kita berfikir di luar pemikiran yang biasa. Acap kali teori konspirasi ini terlintas di fikiran tetapi kita masih berfikiran positif untuk menyedapkan hati masing-masing. Namun, selama mana harus kita berfikiran sempit sedangkan dunia sudah mula menerima teori konspirasi ini.
            Malaysia mempunyai hubungan diplomatik yang sangat rapat dengan China. China pula dicemburui oleh AS kerana pembangunan ekonomi yang sangat pesat. Apakah AS mempunyai agenda tersembunyi dalam memusnahkan hubungan baik Malaysia-China? Apakah motif wartawan Perancis bertanya soalan pelik pada Hishamuddin ketika persidangan media MH370 sedang berlangsung?
          Bagaimana pula dengan wartawan asing yang sengaja memburukkan-burukkan Malaysia di mata masyarakat China kononnya Malaysia mengambil mudah dalam menyampaikan maklumat terkini dan menyembunyi fakta sebenar MH370? Saya yakin bahawa media asing mempunyai agenda tersembunyi yakni dikaitkan dengan ‘Agenda Setting Theory’.
            Tidak tercapai dek logik akal untuk kita fikirkan bagaimana hilangnya pesawat  tersebut melainkan semuanya telah dirancang dari awal dan melibatkan kepakaran individu tertentu serta kuasa-kuasa besar. Kesimpulannya, tiada apa yang mustahil di dunia ini, jika ini yang dikehendakkan Allah swt ‘Kun Faya Kun’, maka ianya akan terjadi dengan cara apa sekalipun. Adakalanya, kita perlu berhenti menjadi lurus dan harus mempunyai sikap curiga bagi mengelakkan kita diperbodohkan oleh kuasa asing.

0 komen membina:

Post a Comment