Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Meriahnya Karnival Tarian Cuti-Cuti 1Malaysia

Saturday, December 10, 2011
Salam semua!

Sorry you all, 
seminggu dua ni tak dapat nak update blog di atas sebab-sebab yg tak dapat dielakkan.
I miss my blog so much !

So my next story is????

Last week aku join office lama PKPL@MOTOUR Penang punya event,

KARNIVAL TARIAN CUTI-CUTI 1MALAYSIA
Sabtu, 3 Disember 2011

Karnival ni tiap-tiap tahun akan diadakan kat Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Tapi ni first time aku dapat join event ni.

Bukan saja-saja nak gebang la kan, ni nak habaq mai ni !
(haa kan dah terkeluaq bahasa penang aku )

Karnival ni sumpah BEST!
Tak rugi aku join, daripada duk hasilkan tanaman anggur kat rumah.
First day bertolak just check in kat Mandarin Court Hotel dan jalan-jalan around Bukit Bintang.
Second day ni sangat la HAPPENING walaupun event yang hanya berlangsung untuk 2-3 jam 
dan siaran langsung yang hanya sekitar 10 minit kat TV1.
Mak aku yang cakap. HEHE


Baru turun bus kat Dataran Merdeka dari Hotel Mandarin Court.
Pagi-pagi pukul 6 dah kena terpacak depan hotel, ada yang muka ceria, ada yang excited, dan ada jugak yang bangun lewat.. Ngantuk ye?


Pemandangan waktu subuh Bangunan Sultan Abdul Samad, jalan di sekeliling ditutup!


Aku ber'cardigan' putih malas nak rehearsal lagi, tepuk-tepuk lah dulu untuk warm up..


Get ready for rehearsal. Ni nak menari sambil berfesyen ye cik kak?


Rombongan yang entah dari negeri mana aku main ambik je, 
makcik ni malu-malu pulak tak nak pandang sini.


Kat tengah-tengah orang lalu lalang pun sempat lagi take a pose.


Aiyaa auntie, lu kasi wa tangkap gamba dulu la balu jalan......


Kalau tak silap ni tarian siam, step paling mudah budak 1 tahun pun boleh buat.


Orang terlalu ramai mencecah 16 ribu peserta sampai budak ni pun rasa semak. HAHA


Datin Seri Rosmah Mansor, isteri PM tengah bagi ucapan ringkas yang tak berapa nak ringkas, 
yang bestnya sempat lagi dia nak berkempen untuk BN.
Alahaiii saya tak minat politik lah datin...
Saya cuma datang nak menari je.. HEHE
Tapi saya sangat sayang pada Tun Mahathir like my own father ♥ 


Majlis Perasmian Karnival Tarian Cuti-Cuti 1Malaysia.
Turut disertai, YB Dato' Sri Dr Ng Yen Yen, Menteri Pelancongan Malaysia.
Ada 9 jenis tarian tradisional dalam keseluruhan tarian, 
tiap-tiap kali tarian berhenti dan nak tukar ke tarian lain, 
si Mahathir Lokman pengacara majlis ternama tu akan jerit

"1 MALAYSIA!"
"MALAYSIA BOLEH!"

Dan kami peserta akan sahut balik jeritan tu.
Mahathir Lokman memang sangat HAPPENING bila mengacara majlis.
AWESOME NOKK!


Sempat snap gambar isteri PM masa kereta khas dia lalu depan kami.
Waktu ni dah habis tarian dan dia cakap nak balik rumah then shoot terus pegi Perhimpunan Agung UMNO.
Ramai cakap tangan dia lembut bila dapat salam,
almaklum lah selalu pegi spa mahal-mahal.
HEHE


Lepas habis acara tarian utama, semua pakat duk terbungkang atas jalan.
Sambil relaks-relaks, lepak-lepak, amek foto, makan minum, gelak HU HA HU HA.
Heyy bukan senang nak duduk lepak atas jalan raya tau,
jalan tu ditutup khas untuk kami. HUHU


Okayy masa ni semua peserta tengah tunggu untuk sesi tarian kedua walaupun VIP dah balik.
Tapi ada jugak rombongan yang dah tak sabar-sabar nak balik macam kami ni.

ADIOSS DATARAN MERDEKA!




Rehearsal Tarian Cuti-Cuti 1Malaysia-Tarian Puteri Santubong
Disertai YB Dato' Sri Dr Ng Yen Yen, Menteri Pelancongan Malaysia. (Baju merah)