Salam wbt
Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi..
kerana dengan izinNya,
MALAYSIA JUARA BOLA SEPAK SUKAN SEA 2011!!
Yay!Yippie!Yahoo!Hoorey!
Tak sia-sia aku dan kawan-kawan menyemak kat kedai mamak dari maghrib semata-mata nak cop tempat untuk tengok game ni.
Tak rugi aku tawaf semua kedai cari "wisel tiup-tiup besday" tu.
Dan berbaloi penantian kami menyokong Malaysia sampai 3 jam !
Orang pakai jersi kuning dan biru Malaysia, aku terpaksa pakai jersi Chelsea sebab tak ada jersi.
Ahhh ada aku kesah!
Hati aku tetap pada Malaysia!
FUHH!
Persaingan memang terlalu sengit, dua-dua pihak takmau mengaku kalah.
Berjuang bermati-matian demi menjulang nama dan maruah Malaysia.
Dari separuh masa pertama,
ke separuh masa kedua.
Dari separuh masa kedua,
ke masa tambahan pertama.
Dari masa tambahan pertama,
ke masa tambahan kedua.
Dari masa tambahan kedua,
sampai penanti.
GOLLL !!
Malaysia menang dengan sepakan penalti 4-3.
Rasa nak luruh jantung ni aka lemah jantung.
Takot, risau, seriau, panik, resah, nebes semua ada.
Mau taknya,
Masa penalty-kick paling aku takut, sebab semuanya kira LUCK!
10 minit paling mendebarkan!
Sabar ye pak! Lagi 2 tahun cuba lagi..
Syabas Harimau Malaya!
Anda Hero Malaysia!
sabo2....hehehehe...bw bertenang...hehehe..best gle ble menang kn..tp sygnya diorg xleh terima kekalahan..kesian kt harianmalaysia.my T_T..dh tgk dh?